Jawapan
MPSP menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa terhadap peralatan permainan yang dipasang. Melalui pemeriksaan tersebut alat-alat permainan yang rosak akan ditanggalkan dari kawasan padang permainan dan diganti setelah pembelian peralatan dilakukan. Pada tahun ini, kadar kerosakan alat permainan adalah tinggi berbanding dengan jumlah yang mampu diganti oleh MPSP. Namun begitu, usaha-usaha pemeriksaan dan pemantauan alatan permainan akan diteruskan. MPSP telah membuat permohonan peruntukan tambahan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.