MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Pembangunan di Bandar Perda amat pesat dan masalah pengaliran air mula mendatangkan keresahan kepada penduduk-penduduk kampung bersebelahannya. Oleh itu bilakah sebenarnya kolam tadahan yang besar akan dibina dan siap sepenuhnya. Apakah kapasiti kolam tersebut.
Dun -
Exco THN
Perkara Pembangunan

Jawapan
Mengikut kelulusan Kebenaran Merancang bagi kawasan Bandar Perda, terdapat 2 tapak kolam tadahan telah disediakan oleh pemaju dengan keluasan 2.74 ekar di kawasan cadangan rumah kluster dan 2.30 ekar di tapak kuarters PBA.

Selain dari itu, terdapat seluas 4.9 hektar kolam tadahan yang telah dibina oleh pemaju Aseania Development Sdn. Bhd. iaitu terletak bersebelahan tapak ibu pejabat MPSP. Kapasiti kolam tadahan tersebut boleh menampung sebanyak 65,170 m3 air.

Kolam-kolam tadahan ini dijangka dapat mengawal masalah banjir di kawasan kampung berhampiran.

Sebagai langkah mengatasi masalah banjir, JPS juga akan mengorek, membesar dan mendalamkan Sungai Permatang Rawa, Sungai Permatang Rotan, Sungai Rambai hingga ke Sungai Juru.

Kembali