MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah status terkini pembangunan Projek Rumah Kos Rendah di Padang Cempedak dan di Kampong Besar, Tasek Gelugor. Bilakah ianya dijangka dapat diduduki dan berapakah calon yang telah disenaraikan mengikut bangsa.
Dun -
Exco SASA
Perkara -

Jawapan
Bagi projek PAKR Kampung Besar, kemajuan fizikal sehingga kini adalah 99.5% sementara bagi PAKR Padang Chempedak adalah sebanyak 99.99%. Kedua-dua projek di dalam proses permohonan Sijil Layak Menduduki dan dijangka akan dapat diduduki pada awal tahun 2008.

Senarai calon sedang disediakan tetapi belum dapat dimuktamadkan.

Kembali