MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Berapa ramaikah penduduk Pulau Pinang telah didaftarkan sebagai penderma organ. Apakah usaha dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri untuk menggalakkan lebih ramai penduduk berdaftar sebagai penderma organ.
Dun -
Exco SP
Perkara Kesihatan

Jawapan
1. Di negeri Pulau Pinang, data yang diperolehi sehingga Julai 2007 menunjukkan seramai 17,925 orang telah mendaftar sebagai penderma organ dan ini menyumbang kepada 16.5% daripada penderma organ negara. Sehingga tahun 2007, Hospital Pulau Pinang berjaya menyumbang sebanyak 9 penderma iaitu 4.57% transplan negara.

2. Antara usaha dan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Transplan Organ Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pendermaan organ ialah:



• Menjalankan Continous Medical Education (CME) berterusan kepada anggota hospital.

• Mengadakan kempen-kempen mengenai pendermaan organ meliputi kilang-kilang dan organisasi swasta.

• Ceramah juga dijalankan di sekolah-sekolah untuk pemuda-pemudi.

Kembali