Jawapan
Kewujudan projek penternakan lembu dan kambing tertakluk kepada peraturan dan daftar pelesenan ladang di bawah kawalan PBT. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVNPP) memainkan peranan untuk membangunkan serta memperkukuhkan industri penternakan yang berlandaskan dasar-dasar dan program-program yang diatur mengikut kepentingan negeri serta beroperasi mengikut peraturan termasuk kepatuhan kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT.
Menurut Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen MPSP 1980, semua ternakan lembu dan kambing perlu mempunyai lesen. Salah satu syarat ialah ladang ternakan perlu mempunyai kandang. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh menangkap lembu dan kambing yang merayau di tempat awam termasuk jalan raya.