Jawapan
(a) Kerajaan Negeri tidak mendapat manfaat daripada segi pendapatan daripada sektor pelancongan kerana cukai jualan dan perkhidmatan dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, Negeri Pulau Pinang memperolehi manfaat daripada pembangunan sektor pelancongan daripada pelbagai segi iaitu dari segi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan KDNK per kapita serta peningkatan daripada segi peluang pekerjaan dan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.
(b) (i) Menurut maklumat daripada Persatuan Pemandu Pelancong Pulau
Pinang, jumlah pemandu pelancong Bumiputra di Pulau Pinang setakat April 2004 ialah seramai 56 orang.
(ii) Menurut maklumat daripada Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (cawangan Pulau Pinang) jumlah agensi pelancongan bumiputra ialah 24.Senarai agensi pelancongan tersebut adalah seperti berikut:
· Hawaii Travel and Tours Sdn Bhd
· Syarikat Pelancongan Endocitra Sdn Bhd
· My Travel Channel Sdn Bhd
· PM Tours & Travel Sdn Bhd
· Sebagus Travel and Tours Sdn Bhd
· Ruhanmas Rent-A-Car Sdn Bhd
· City Connections Travel & Tours Sdn Bhd
· Isa Travel & Tours Sdn Bhd
· Smile Tour & Rent-A-Car Sdn Bhd
· Island Services Sdn Bhd
· Lucky Tours & Travel Services Sdn Bhd
· MIVS Travel & Aircargo Agencies Sdn Bhd
· Awan Travel Sdn Bhd
· Shibuya Transport Sdn Bhd
· Pearl of The Orient Tour & Travel(M) Sdn Bhd
· Kejora Travel & Agencies Sdn Bhd
· La Belle Rent-A-Car Sdn Bhd
· Set Travel & Tours Sdn Bhd
· Popular Rent-A-Car Sdn Bhd
· Pearl Island Rent-A-Car Sdn Bhd
· Juara Ekuiti Holiday Sdn Bhd
· Sri Impian Holidays & Recreation Sdn Bhd
· Pearl Island Vacation Sdn Bhd
· Suria Travel
(c) Mengikut kajian DCT Consultancy, anggaran jumlah pelancong
bagi tahun 2003 ialah
(i) Keseluruhan - 3,026,619 orang (secara
keseluruhannya termasuk pelawat asing dan
tempatan).
(ii) Eropah – 9.9% (299,635 orang)
(iii) China – 1.3% (39,346 orang)
(iv) Negara Arab – 2.4% (72,639 orang)
Anggaran jumlah pelancong bagi separuh tahun 2004 ialah
(i) Keseluruhan – 1,551,793 orang (secara
keseluruhannya termasuk pelawat asing dan
tempatan).
(ii) Eropah – 8.6% (133,454 orang)
(iii) China – 2.0%(31,036 orang)
(iv) Negara Arab – 1.8% (27,932 orang)
(d) Mengikut maklumbalas industri pelancongan tempatan, produk pelancongan yang diharapkan dan disukai oleh pelancong Arab ialah pantai, Masjid Acheh, Kebun Bunga, Butterfly Farm dan Hutan Rimba Rekreasi serta Muzium di Teluk Bahang.
(e) Mengikut kajian DCT Consultancy, anggaran purata perbelanjaan sehari setiap pelancong ialah seperti berikut :
(i) Keseluruhan – RM 459.00 (pelawat asing)
(ii) Eropah – RM 73.00
(iii) China – RM 44.00
(iv) Negara Arab – RM 91.00
(f) Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Petugas Penyertaan Bumiputra yang dipengerusikan oleh Y.B Encik Muhammad Farid bin Saad (ADUN Pulau Betong) bagi merancang dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu syarikat pelancongan bumiputra mengambil bahagian secara aktif dalam sektor pelancongan.