Jawapan
KNK per kapita Negeri Pulau Pinang berbanding dengan KNK per kapita nasional pada harga semasa bagi tahun 2000, 2001, 2002, dan 2003 adalah seperti berikut:
Tahun KNK per kapita (RM) KNK per kapita (RM)
Pulau Pinang Nasional
2000 18,648 13,378
2001 17,533 12,859
2002 18,728 13,722
2003 20,836 14,838
KNK per kapita Negeri Pulau Pinang lebih tinggi berbanding KNK per kapita nasional bagi tahun tahun berkenaan.
Strategi-Strategi Yang Telah Diambil Oleh Kerajaan Negeri Untuk Merangsangkan Pertumbuhan Ekonomi Pulau Pinang Bagi Tahun 2005
(1) Masalah utama yang mungkin menjejaskan perkembangan ekonomi Pulau Pinang ialah hakisan daya saing sektor pembuatan, khususnya sektor kecil elektronik dan elektrik, yang keluarannya menganggotai kira-kira 42 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ekonomi Pulau Pinang. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Negeri Pulau Pinang telah memajukan keupayaan pembuatannya yang berciri pengeluaran secara besar-besaran, keseragaman produk dan nilai ditambah yang rendah (high volume, low mix and low value-added manufacturing) ke tahap yang tinggi. Sungguh pun semakin lama semakin meningkatnya tahap teknologi yang diterimapakai dalam operasi ini, namun ianya pada asasnya terdapat pada titik yang paling rendah di atas rantaian nilai. Dengan kemunculan ekonomi Cina yang kaya dengan anugerahan tenaga buruh dan yang memiliki pasaran domestik yang besar, daya saing ekonomi Pulau Pinang dalam operasi pembuatan tersebut makin ketinggalan negeri Cina ini. Memandangkan kepada hakikat bahawa sektor pembuatan, lebih-lebih lagi sektor kecil elektronik dan elektrik, menduduki tempat utama dalam ekonomi negeri ini, maka strategi-strategi bagi merangsangkan pertumbuhan sektor pembuatan mesti dikenalpasti dan dilaksanakan, sekiranya kita ingin memperkembangan ekonomi Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah pun mengenalpastikan beberapa strategi yang sedang dilaksanakan.
(i) Strategi yang pertama ialah keanjakan ke operasi pembuatan yang nilai ditambahnya lebih tinggi dalam sektor kecil elektronik dan elektrik. Di antara operasi ini ialah rekabentuk dan pembangunan (design and development) dan penyelidikan dan pembangunan (research and development). Ke arah ini, Kerajaan Negeri juga menggalakkan syarikat-syarikat multinasional dan tempatan menerimapakai teknologi baru seperti ASIC dan MEMS. Untuk menjayakan strategi ini, Kerajaan Negeri, melalui agensi-agensinya, telah meminta kerjasama universiti-universiti seperti Universiti Sains Malaysia dan institut-institut latihan seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) untuk melatih lebih ramai jurutera rekabentuk. Kerajaan Negeri juga sedang merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi geran kepada syarikat-syarikat multinasional untuk membiayai kos latihan yang dijalankan oleh mereka dan untuk menggalakkan mereka memindahkan sebahagian daripada pengeluaran mereka kepada industri kecil dan sederhana (outsourcing part of their production to small and medium scale industries). Universiti-universiti juga digalak menjalankan penyelidikan yang hasilnya dapat memenuhi keperluan industri.
(ii) Kerajaan Negeri, bersama-sama dengan syarikat-syarikat perisian, telah menubuhkan Software Corporation of Penang atau (SCOPE), dengan tujuan hendak memajukan lagi keupayaan perisian (software capability) syarikat-syarikat perisian di Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi. Salah satu daripada langkah ini ialah melatih lebih ramai jurutera perisian tempatan dan meminta Kerajaan Persekutuan membenarkan beberapa jurutera perisian yang berpengalaman dibawa masuk dari luar ke negeri ini. Apabila keupayaan perisian, seperti keupayaan membekalkan penyelesaian teknik, dinaikkan, SCOPE akan berusaha sama untuk mendapat lebih banyak kontrak dari syarikat-syarikat multinasional dan tempatan.
(iii) Baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat baru yang dikenali sebagai Invest Penang Sdn Bhd. Syarikat ini akan berusaha gigih untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.
(iv) Pelancaran Koridor Raya Multimedia di kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas, dijangka akan mempertingkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang sebagai pusat pelaboran.
(2) (i) Selain daripada sektor pembuatan, Kerajaan Negeri sedang berusaha memberangsangkan sektor perkhidmatan, khususnya sektor kecil pelancongan. Di antara langkah-langkah yang diambil termasuk memajukan produk-produk pelancongan sediada; memperkenalkan produk-produk pelancongan baru; menambahkan “connectivity†antara Pulau Pinang dengan bandaraya-bandaraya utama di negara-negara lain; memperbaiki kebersihan alam sekitar; meningkatkan tahap keselamatan; dan mempergiatkan promosi pakej pelancongan ke Pulau Pinang.
(ii) Kerajaan Negeri juga giat mempromosikan Pulau Pianng sebagai sebuah “call centreâ€. Dengan terlancarnya Koridor Raya Multimedia yang kedua di Pulau Pinang, maka salah satu syarat untuk menjadi “call centreâ€, iaitu adanya kemudahan telekomunikasi yang canggih seperti “broadband†akan dapat dipenuhi. Apa yang kini diperlukan ialah ramai tenaga manusia yang menguasai beberapa bahasa.
(iii) Rancangan lain bagi memperkembangkan ekonomi Pulau Pinang ialah mempromosikan Pulau Pinang sebagai suatu pusat untuk pelancongan perubatan atau “medical tourismâ€. Pulau Pinang kini mempunyai syarat-syarat yang memadai bagi tujuan ini, seperti adanya 11 buah hospital swasta yang masih mempunyai keupayaan berlebihan; pakar-pakar dalam berbagai-bagai disiplin perubatan; kemudahan-kemudahan perubatan yang moden dan canggih dan kakitangan para-medic, seperti ahli-ahli teknik, jururawat-jururawat; dan teknologis-teknologsi makmal perubatan yang mencukupi.
Pada masa kini, Pulau Pinang telah berjaya menarik ramai pesakit-pesakit dan mereka yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan dari negara-negara tetangga ke Pulau Pinang. Namun, potensi ekonomi dalam bidang ini masih belum dieksploitasikan secara penuh.
(3) Sektor pembinaan juga dijangka akan memberangsangkan pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang pada tahun 2005. Selain daripada skim-skim perumahan dan pembaikpulihan jalan-jalan, pembinaan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang, atau lebih dikenali sebagai “Penang Outer Ring Road†(PORR) dijangka akan meninggalkan kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi.
(4) Dengan strategi-strategi ini, ekonomi Pulau Pinang dijangka akan bertumbuh pada kadar yang sederhana pada 2005. Jika kadar sederhani ini dapat dikekalkan dalam tempoh 2005-2020, maka Negeri Pulau Pinang dijangka boleh mencapai status negeri maju pada 2020. Namun demikian, harus ditekankan bahawa unjuran ekonomi adalah penuh dengan risiko. Salah satu daripada faktor risiko ini ialah hakikat bahawa kita tidak dapat meramalkan samada kejutan-kejutan luaran (external shocks) akan berlaku, dan kalau berlaku, bila dan bentuknya.