Jawapan
Mengikut rekod Polis, kes ragut dalam tempoh Januari 2003 sehingga Ogos 2004 berjumlah 1,939 kes.
Rancangan dan tindakan oleh beberapa agensi adalah seperti berikut :-
1. Polis menguatkuasakan undang-undang dengan mempertingkatkan
bilangan operasi.
2. Polis mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat khususnya kaum wanita.
3. Polis berusaha menimbulkan kesedaran masyarakat untuk tampil bertindak
memerangi kegiatan ragut.
4. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah disaran untuk memasang CCTV di
kawasan tertentu bagi mengawal jenayah khususnya jenayah ragut.