Jawapan
Rekod PBAPP menunjukkan bahawa kebanyakan aduan-aduan mengenai kualiti air yang tidak memuaskan di Paya Terubong dan Bandar Baru Air Itam adalah daripada penghuni-penghuni rumahpangsa. Air yang dibekalkan oleh PBAPP adalah mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan ianya adalah selamat untuk minum. Walaupun begitu, tidak seperti air songsang (“Reverse Osmosis†water), air pili mendapat sedikit kandungan keladak halus. Sekiranya tangki air di rumah pangsa tidak dicuci atau diselenggara dari masa ke masa, kandungan keladak akan mendap di dalam tangki dan ini menyebabkan kualiti air yang tidak memuaskan. PBAPP telah memberi notis kepada Jawatankuasa Pengurusan rumahpangsa-rumahpangsa supaya mencuci tangki air masing-masing.
Adalah juga didapati bahawa paip-paip dalaman yang dipasang sebelum tahun 1990 adalah berjenis besi galvani. Besi-besi jenis ini didapati telah berkarat dan ini juga menjejaskan kualiti air. Pengguna-pengguna yang berkenaan dinasihatkan menukar paip-paip masing-masing kepada jenis-jenis paip yang diluluskan oleh PBAPP, seperti ABS atau HDPE.