Jawapan
1) Sungai Muda adalah sumber air mentah utama untuk PBAPP. Kajian berterusan ke atas muka sauh (intake) Sungai Muda dijalankan untuk memastikan mutu dan kualiti air tersebut sentiasa dipantau. Keputusan kualiti air Sungai Muda disertakan di lampirkan “Aâ€.
Sungai Muda bermula dari Negeri Kedah dan mempunyai banyak anak-anak sungai. Sungai Muda juga mengalir melalui Negeri Pulau Pinang hingga ke laut. Berikut adalah anak-anak sungai utama Sungai Muda:
Sungai Jerong, Sungai Sidam, Sungai Karangan/Sungai Sedim, Sungai Selambau, Sungai Pegang dan Sungai Baling.
Kajian berterusan dijalankan ke atas Sungai Muda dan anak-anak sungai tersebut setahun sekali dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri. Selain itu, kajian tambahan turut dijalankan di muka sauh (intake) Sungai Muda iaitu; analisa mikrobiologi dilakukan setiap minggu dan analisa kimia di lakukan setiap bulan.
Secara keseluruhan PBAPP amat prihatin mengenai kawalan serta pengawasan air mentah serta air minum (terawat) yang dikeluarkan untuk kegunaan rakyat Negeri Pulau Pinang.
Lampiran A mengemukakan semua parameter kualiti air mentah yang merupakan ujian pegawasan mutu air mentah.
2. Bahan-bahan kimia yang digunakan adalah seperti berikut;(a) Aluminium Sulfat Untuk proses flokulasi dan koagulasi
(b) Polyelectrolite Untuk proses flokulasi dan koagulasi
(c) PreChlorine Untuk proses oksidasi
(d) Post Chlorine Untuk proses penyahjangkitan (Disinfection)
(e) Hydrated Lime Untuk proses Penstabilan nilai pH
(f) Sodium Silico
Fluoride Untuk pencegahan kerosakan gigi
Bekalan air terawat yang dihasilkan oleh Loji Sungai Dua, PBAPP adalah 622 juta liter / hari. Manakala, jumlah bekalan air untuk mencapai kehendak penduduk penduduk negeri Pulau Pinang adalah 810 juta liter / hari.
3. Pada penghujung tahun 2003, terdapat lebihkurang 1,643 km paip simen asbestos di Negeri Pulau Pinang. Secara purata, PBAPP menggantikan 70km paip simen asbestos setahun yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 juta.
4. PBAPP sedar bahawa kadangkala kualiti air adalah kurang memuaskan. Ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang dijalankan ke atas sesalur-sesalur tertentu. Penwarnaan dalam air adalah disebabkan oleh karat yang terdapat dari paip besi galvani yang disambung dari sesalur utama ke rumah dan dalam rumah. Tambahan pula, penghuni-penghuni apartment dan kondominium yang menghadapi masalah yang sama adalah disebabkan oleh tangki-tangki simpanan yang terletak di atas bangunan. Kebanyakannya tidak diselenggara dengan baik.