MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan bagi mengatasi masalah sistem perparitan yang tidak sempurna dan tidak teratur di seluruh kawasan Pinang Tunggal.
Dun -
Exco AI
Perkara ADUN

Jawapan
Untuk Makluman Y.B,

Kerajaan Persekutuan mempunyai perancangan bagi mengatasi masalah perparitan bagi seluruh kawasan DUN Pinang Tunggal melalui tiga projek tebatan banjir iaitu Projek Tebatan Banjir Bertam-Kepala Batas , Projek Tebatan Banjir Sg. Perai dan Projek Tebatan Banjir Sg. Muda. Bagi Projek Tebatan Banjir Bertam-Kepala Batas terdapat pakej untuk meningkataraf sistem perparitan sepanjang Jalan Paya Keladi yang bermula dari Kg. Pinang Tunggal. Sementara itu bagi Projek Tebatan Banjir Sg. Perai terdapat projek pakej 2 yang melibatkan Sg. Kereh. Manakala melalui Projek Tebatan Banjir Sg. Muda terdapat pakej bagi membaiki Sungai Muda.

Kesemua projek-projek tersebut telah diluluskan dan sedang dalam perlaksaaan. Adalah dijangka sekiranya siap kelak projek tersebut keseluruhan sistem perparitan di kawasan Pinang Tunggal dapat berfungsi dengan sempurna.




Kembali