MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Bolehkan YAB Ketua Menteri memberitahu perkembangan perniagaan barter trade di antara Negeri Pulau Pinang dengan Negara Myanmar. Apakah usaha yang telah diambil untuk meningkatkan perniagaan tersebut.
Dun -
Exco LCT
Perkara ADUN

Jawapan
Perniagaan barter trade di Pulau Pinang telah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Ia masih lagi dijalankan walaupun negara Malaysia terus melangkah ke era kemodenan selaras dengan peredaran masa. Sehingga kini, Myanmar merupakan salah satu negara yang masih lagi menjalankan perniagaan barter trade dengan Pulau Pinang. Sejak tahun 2002 sehingga kini, jumlah eksport antara Myanmar dan Pulau Pinang semakin meningkat dan menggalakkan. Peningkatan ini dapat ditunjukkan seperti dalam jadual berikut:-

Butir / Tahun 2002 2003 2004(sehingga Ogos)
Bilangan kapal 115 242 244
Jumlah Import (MT) 1,727 3,779 10,698
Jumlah Eksport(MT) 9,754 10,313 11,651
Nilai Import (RM) 17,645,762.72 21,195,769.71 10,837,502.77
Nilai Eksport (RM) 21,424,868.27 28,929,312.44 23,797,282.66

Bagi meningkatkan lagi perniagaan sistem barter trade ini, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah. Langkah-langkah tersebut adalah:-

1. Mengadakan lawatan ke Myanmar dengan tujuan memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pelabuhan Pulau Pinang, urusan hal perdagangan, memperluaskan perdagangan import dan eksport serta hal peraturan Kastam, Imigresen dan lain-lain agensi kerajaan.

2. Mengadakan perbincangan dengan Union of Myanmar Federation of Commerce and Industry (UMFCCI) dan Malaysian Businessmen Association of Myanmar mengenai peluang-peluang perniagaan yang terdapat di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khususnya.

3. Mengadakan perbincangan mengenai langkah-langkah untuk mempertingkatkan perdagangan di peringkat MTEN,EPU,Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan IMT-GT.



Kembali