MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah pihak-pihak yang terlibat sentiasa menjaga sistem peparitan di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir terutamanya di kawasan perkampungan dan taman-taman seperti berikut : i) Kampung Baru, Simpang Ampat ii) Perkampungan Valdor, Sungai Bakap iii) Kg. Masjid Kolam, Batu Kawan iv) Kg. Baru, Valdor v) Rumah Murah Sungai Bakap vi) Rumah Murah Simpang Ampat vii) Taman Merak, Simpang Ampat viii) Taman Merak Jaya, Simpang Ampat ix) Taman Cegar, Simpang Ampat x) Taman Tempua, Simpang Ampat xi) Taman Mas, Simpang Ampat xii) Taman Sri Tasek, Simpang Ampat, xiii) Taman Enggang Indah, Simpang Ampat Jika ada, bagaimanakah tindakan diambil dan jika tiada, mengapa.
Dun -
Exco AI
Perkara ADUN

Jawapan
Untuk Makluman Y.B,

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) adalah dipertanggungjawab untuk menyelengga sistem perparitan pertanian dan sungai yang melalui kawasan –kawasan yang disenaraikan. Kerja-kerja selenggaraan dibuat sebanyak (3) kali dalam setahun. Sementara itu bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut pihak JPS Negeri mempunyai program penyelenggaraan sungai secara tahunan seperti mencuci, membersih, membaiki tebing dan ban dengan kekerapan kerja bergantung pada peruntukan semasa. Bagi program pembersihan sistem perparitan dan longkang dalaman untuk taman – taman dan perkampungan seperti senarai dilaksanakan oleh MPSP mengikut jadual tahunan yang telah ditetapkan.





Kembali