Jawapan
a) Pagi pengawalan pembuangan timbunan sekam padi oleh Kompleks BERNAS di Paya Keladi, Kepala Batas, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan notis kepada pihak kilang supaya mengambil tindakan mengepung dan meratakan longgokkan sekam padi dan mengkaji kaedah terbaik pelupusan sekam padi.
Pada masa ini, pihak BERNAS sedang mengkaji untuk melaksanakan projek mengisar sekam secara 100% dimana semua sekam baru yang dihasilkan tidak lagi akan disalurkan ke kawasan longgokan sekam padi seperti yang sedia ada.
Buat masa ini , operasi kilang ini terus dipantau supaya masalah timbunan sekam padi ini berada di tahap yang minima.
b) Berkenaan dengan masalah penternakan ayam komersial yang menyebabkan bau busuk dan pembiakan lalat di Paya Keladi Ujong, Kepala Batas, kerajaan Negeri sedar akan masalah yang berlaku. Oleh itu langkah-langkah penguatkuasaan dan pemantauan telah pun diambil oleh pelbagai agensi .
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri misalnya, sentiasa membuat lawatan serta menasihati ladang berkenaan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengurangkan pembiakan lalat. Tindakan tersebut adalah bersesuaian dengan bidangkuasa yang ada ditangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. MPSP pula telah mengambl tindakan dengan memberikan amaran kepada semua pemilik ladang ayam untuk bertukar kepada reban ayam tertutup sebelum 31 Disember 2005. · Lesen ternakan ayam akan ditarik balik pada 1 Januari 2006 jika syarat tersebut tidak ditunaikan.