MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah kerajaan negeri mempunyai satu dasar dimana nama jalan, taman perumahan, pusat Bandar baru dibuat mencerminkan identiti tempatan termasuk menggunakan nama pemimpin tempatan. Baru-baru ini nama Bandar Cassia lebih memuliakan Bahasa Inggeris. Kalau disebut dalam Bahasa Melayu, Casia di sebut Ca sebagai Cha. Ini bermakna sebutannya ialah Chasia dalam Bahasa Hokkien Chasia ialah kacau. Maka Bandar Cassia akan menjadi ‘Bandar Kacau’ dalam erti kata negative. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menukar nama tersebut.
Dun -
Exco YABKM
Perkara Pentadbiran

Jawapan
4. Bandar Baru di Batu Kawan yang sedang dan akan terus dibangunkan oleh PDC diberi nama Bandar Cassia adalah berdasarkan nama bunga Cassia Biflora. Bunga ini dikenali umum sebagai bushy cassia atau kasia kuning di Malaysia atau bunga Kembang Seberang oleh orang Melayu di Seberang Perai. Bunga tersebut telah dipilih menjadi bunga rasmi Majlis Perbandaran Seberang Perai sejak tahun 1985.

Pokok bunga ini ditanam di beberapa tempat dalam kawasan Seberang Perai. Bunga ini yang berwarna kuning melambangkan kesegaran yang dijangka dapat menaikkan imej bandar baru ini. Di samping itu, 5 daun yang terdapat pada bunga Cassia dianggap melambangkan 5 prinsip Rukun Negara dan kewujudan pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan harmoni.

Cassia adalah ringkasan dari nama saintifik bunga Cassia Biflora, yang juga tumbuh di beberapa negara yang lain seperti Amerika dan India. Oleh itu, Cassia dikenali di peringkat antarabangsa dan dijangka akan membantu mempromosikan bandar baru ini secara meluas.

Di samping itu, nama Cassia merupakan nama khas atau proper noun. Oleh itu, ianya hendaklah disebut (pronounced) mengikut sebutan asalnya iaitu Kassia, mengikut amalan di peringkat antarabangsa. Contoh-contoh serupa adalah seperti Bandar Casablanca di Morocco disebut sebagai Kasablanka, Moroko dan bukan Chasablancha, Morocho atau Cocacola disebut sebagai Kokakola dan bukan Chochachola.

Oleh itu, adalah tidak tepat sekiranya nama khas Cassia disebut sebagai Chassia mengikut sebutan Bahasa Melayu dan kemudiannya diintepretasikan maknanya mengikut loghat Hokkien pula. Tambahan pula, bunga ini sebenarnya telah lama dipanggil kasia kuning di Malaysia mengikut sebutan antarabangsa. Oleh itu, isu memuliakan Bahasa Inggeris tidak timbul.

Apa yang lebih tepat ialah untuk membimbing rakyat kita mengenali nama khas tertentu dan mengikut sebutan asalnya, sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia memang menyebut Casablanca sebagai Kasablankax.
Kembali