Jawapan
Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih tidak mempunyai rancangan bagi pembayaran saguhati kepada nelayan Kampung Batu Uban yang terbabit dengan perpindahan jeti nelayan semasa kerja-kerja tebusguna pada akhir tahun 70an. Walau bagaimanapun satu tapak telah dikhususkan untuk pembangunan tapak jeti pendaratan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); sebagai ganti tapak yang ditebusguna.
Dalam usaha menyusun semula kawasan pendaratan nelayan khususnya di pesisir pantai dari Batu Uban hingga ke Batu Maung, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membangunkan sebuah pusat pendaratan nelayan. Tapak gantian ini sedang dikenalpasti,manakala kos pembinaan pula dianggarkan berjumlah RM900,000.00. Pembinaan jeti pendaratan tersebut akan dilakukan sebaik sahaja peruntukkan tersebut diluluskan.