Jawapan
Timbalan Ketua Menteri:
24. Pinjaman dan biasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 1998 dan 1999 ialah seperti berikut:-
(i) Pinjaman Pendidikan Tinggi
(ii) Biasiswa Kecil Negeri
(a) Syarat-syarat dan kelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan Tinggi dan Biasiswa Kecil Negeri yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri ialah seperti berikut:
Pinjaman Pendidikan Tinggi Biasiswa Kecil Negeri
(i) Pemohon mestilah dilahirkan di Negeri Pulau Pinang atau telah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah di Pulau Pinang dalam tempoh tidak kurang dari 5 tahun. Biasiswa Kecil Negeri pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pemilihan pelajar bagi tawaran Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:-
(ii)(iii)(iv) Pemohon-pemohon mestilah telah ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Universiti Swasta dan Kolej Swasta yang mengadakan Program Francais dengan Institut Pengajian Tinggi Awam.Tawaran pinjaman hanyalah diberi kepada kursus peringkat Ijazah Pertama dan Diploma sahaja.Pemohon-pemohon sedang mengikuti kursus Pra-Universiti/ Matrikulasi tidak layak memohon. (i)(ii)(iii) Prestasi akademikLatar belakang keluarga dan kewanganPenglibatan kokurikulum seperti sukan/kelab/persatuan dan aktiviti lain.
(b) Pinjaman Pendidikan Tinggi dan Biasiswa Kecil Negeri diberi tanpa mengira aliran yang diambil oleh pelajar.
(b) Berikut ialah bilangan pemohon dan bilangan yang ditawarkan Pinjaman Pendidikan Tinggi serta Biasiswa Kecil Negeri bagi tahun 1998 dan 1999. Bagi pemilihan Biasiswa Kecil Negeri, selepas Jabatan Pendidikan memproses Biasiswa Kecil Persekutuan, baki pemohon yang ada akan dipertimbangkan pula untuk ditawarkan Biasiswa Kecil Negeri.
Tahun Pinjaman IPT Biasiswa Kecil Negeri
1998 1999 1998 1999
Bilangan yang memohon 1990 1353 - -
Bilangan yang ditawarkan 933 987 1000 276
(d) Agensi lain di Negeri Pulau Pinang yang turut menawarkan pinjaman dan biasiswa pendidikan ialah Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Cara memohon biasiswa ini untuk pelajar IPT ialah dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Agama Islam manakala pemilihan pelajar untuk diberikan biasiswa sekolah menengah dibuat oleh guru sekolah agama yang berkenaan.