MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Sungai Bakap (Y.B. Encik Lai Chew Hock) bertanya kepada Ketua Menteri: 3. Adakah Perbadanan Bekalan Air atau Kerajaan Negeri bercadang untuk menggantikan paip besar daripada 4 inci kepada 6 inci di kawasan Kampung Sungai Udang dan Kampung Besar, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan kerana sering mengalami masalah kekurangan bekalan air yang serius? Sekiranya ada, sila beritahu bilakah ianya akan dilaksanakan?
Dun -
Exco KETUA MENTERI
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan

Ketua Menteri:

3. Tekanan air di Sungai Udang adalah rendah kerana bekalan air yang diperolehi daripada Lubok Buntar, Kedah, adalah tidak konsisten. Bekalan air dari Kedah sering terganggu oleh kegagalan bekalan elektrik.

Untuk memperbaiki tekanan air di Sungai Udang, PBAPP bercadang untuk menyalurkan air dari Loji Saringan Sungai Dua, dengan itu kurang bergantung kepada bekalan air dari Lubok Buntar, Kedah.

Kerja-kerja yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

(a) Langkah Jangka Pendek

Stesen Pam Permatang Tinggi akan dinaikkan taraf dengan meningkatkan keupayaan mengepam dari 18,000 meter padu sehari (4 juta gelen sehari) ke 27,000 meter padu sehari (6 juta gelen sehari). Kosnya ialah lebih kurang RM350,000.00 dan dijangka akan siap dalam bulan September 2000.

(b) Langkah Jangka Perantaraan

Pemasangan paip bergaris pusat 300mm dari Sungai Acheh ke Sungai Udang (sepanjang 2,060m) pada kos anggaran RM520,000.00 dan dijangka akan siap dalam bulan Jun 2001.

Pembinaan rumah pam di Kampong Datok Keramat, Nibong Tebal untuk memperbaiki tekanan air ke selatan Nibong Tebal. Kos anggaran ialah RM350,000.00 dan dijangka akan siap dalam bulan Jun 2001.
(c) Langkah Jangka Panjang

(i) Pemasangan paip bergaris pusat 1200mm dari Juru ke Simpang Empat (sepanjang 10,000m) termasuk pembinaan 4 jambatan perkhidmatan dengan kos anggaran sebanyak RM12 juta dan dijangka siap dalam tahun 2003.

(ii) Pemasangan paip bergaris pusat 1200mm dari Simpang Empat ke Nibong Tebal (sepanjang 13,000m) pada kos anggaran sebanyak RM12 juta dan dijangka siap dalam tahun 2003.

(iii) Pembinaan kolam air dengan kapasiti 45,000 meter padu (10 juta gelen) dan stesen pam di Tok Kangar. Anggaran kos ialah RM11 juta dan dianggar akan siap dalam tahun 2003.

KAMPONG BESAR, NIBONG TEBAL.

PBAPP akan mengganti paip induk dari yang bergarispusat 100mm ke 200mm paip besi ductile pada kos anggaran RM180,000.00 dan dijangka siap dalam bulan Disember 2000.

Tekanan Air Dalam Pili Bomba

Adalah wajib pihak berkuasa Bomba untuk menggunakan pam dan lain kelengkapannya untuk meningkatkan tekanan air demi tujuan memadam api. Walau bagaimanapun, PBAPP perlu memastikan supaya ada air dalam paip induknya.

Kekurangan bekalan air akan dapat diatasi apabila projek-projek seperti di atas disiapkan nanti.

Maklumat mengenai Pili Bomba di Pulau Pinang

Pulau Pinang Seberang Perai
Umum Prevet Umum Prevet
Bilangan 3129 1504 3299

Peruntukan tahun 1999 sebanyak RM110,000.00 melalui MPPP digunakan untuk memasang 55 buah pili bomba baru.

Tiada sebarang peruntukan diberi oleh Jabatan Bomba pada tahun 1999 dan 2000.



Kembali