Jawapan
Ketua Menteri:
7. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telahpun menyediakan beberapa cadangan projek tambahan kepada yang sedia ada untuk dilaksanakan bagi maksud pembangunan Agro-tourism Pulau Aman. Senarai cadangan projek-projek tersebut telahpun dikemukakan di dalam RMKe-8 yang kini sedang dipertimbangkan dan ianya adalah seperti berikut :-
(i) Projek Jetty Point Pulau Aman
(ii) Pemulihan dan naik taraf serta mengadakan kemudahan infrastruktur, rekreasi serta landskap kawasan Telaga Emas
(iii) Pembinaan kemudahan rekreasi dan landskap kawasan Batu Perompak dan Batu Payong
(iv) Pembinaan pelantar pendaratan bot dan kawasan pejalan kaki di tempat bersejarah di Gua Lanun dan Gua Kelawar
(v) Pemulihan dan naik taraf kawasan trek rentas hutan di Pulau Aman dan Pulau Gedong
(vi) Pembinaan Jambatan konkrit sambungan di antara Pulau Aman dan Pulau Gedong di hujung Tanjong
(vii) Pembinaan landskap dan rekreasi kawasan tempat bersejarah Gedong Peluru di Pulau Gedong
(viii) Pembinaan 2 unit pondok rehat di puncak Bukit Pulau Aman
(ix) Menaik taraf bangunan Kunita
Perlaksanaan projek Agro-tourism Pulau Aman sehingga kini telah berjaya membuahkan hasil dan faedah yang cukup berkesan meningkatkan aktiviti ekonomi bukan sahaja di Pulau Aman tetapi juga meliputi kawasan persekitaran yang antaranya dapat disenaraikan seperti berikut :-
(i) Projek penyediaan penginapan chalet dan homestay, perniagaan restoran makanan laut, perkhidmatan pengangkutan dan jualan kraftangan yang merupakan komponen projek Agro-tourism Pulau Aman telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi kaum nelayan yang terlibat.
(ii) Aktiviti seperti di para (i) secara langsungnya telah menghasilkan multiplier effect kepada kawasan-kawasan persekitaran seperti kawasan Bukit Tambun umpamanya, di mana aktiviti ekonomi berteraskan penyediaan makanan laut berkembang dengan pesat.
(iii) Pembangunan Agrotourism Pulau Aman juga telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan baru khususnya kepada para penduduk di kawasan persekitaran.
(iv) Agro-tourism Pulau Aman yang merupakan produk baru pelancongan menyediakan pakej pengalaman yang berlainan dari produk sedia ada. Daya tarikan semula jadi tersebut mampu memikat dan menarik perhatian para pelancong tempatan dan luar negeri yang secara langsung mampu menggiatkan lagi aktiviti pelancongan dan ekonomi negeri ini.
(v) Peningkatan aktiviti ekonomi, pertambahan pendapatan penduduk serta penyediaan peluang kerja hasil perlaksanaan projek Agro-tourism Pulau Aman secara tidak langsung bertindak sebagai elemen yang berkesan bagi mengekang dan mengawal masalah sosial setempat.