MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEPULUH
Soalan Ahli Kawasan Jawi (Y.B. Puan Tan Cheng Liang) bertanya kepada Ketua Menteri: 11. Apakah usaha-usaha dan program yang telah diambil oleh PEMADAM dalam mencegah kegunaan dadah memandangkan Negeri Pulau Pinang terdapat banyak penagih dadah?
Dun -
Exco Y.A.B. KETUA MENTERI
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan
Ketua Menteri:

11. Kerajaan melalui PEMADAM telah memutuskan supaya program dan aktiviti mencegah penyalahgunaan dadah dapat ditingkatkan di peringkat daerah-daerah dan negeri. Setiap daerah telah diminta menyediakan sekurang-kurangnya 5 aktiviti pendidikan pencegahan setahun kepada kumpulan sasar yang bertepatan dengan turut melibatkan ibu bapa.

PEMADAM akan menjalankan pelbagai program dengan memberi tumpuan kepada para pelajar, belia dan remaja melalui Biro Pendidikan Pencegahan.

Selain itu, Kerajaan melalui Agensi Dadah Kebangsaan Pulau Pinang sedang giat menjalankan program Pencegahan Dadah di Tempat Kerja Drug Free Work Place Programme) untuk semua tempat kerja di seluruh Pulau Pinang. Di antara program yang dijalankan ialah Kempen Anti Dadah, Ceramah, Pameran dan Ujian Urin dan pelbagai aktiviti ke arah Hidup Sihat Tanpa Dadah.

Kembali