Jawapan
Ketua Menteri:
23. Kawasan ini memang mengalami kesesakan lalu lintas setalah jalan baru yang menghubungkan Kulim dan Jalan Persekutuan 1 siap dibina.
Untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan-jalan tersebut, pihak Majlis telah mengambil langkah memanjangkan masa hijau di persimpangan lampu isyarat Jalan Maju/Jalan Megat Harun lebih untuk laluan dari arah Kulim ke Jalan Persekutuan 1.
Pihak Majlis juga telah melebarkan persimpangan lampu isyarat ke tahap maksimum bagi mengurangkan konflik lalu lintas.
Pihak Majlis juga akan melaksanakan secara percubaan tidak membenarkan kenderaan dari kedua-dua arah Jalan Maju membelok ke kanan ke Jalan Berjaya. Ini bagi mengurangkan kesesakan di persimpangan ini.
Pihak JKR telah mencadangkan projek-projek seperti berikut dalam Anggaran Tahun 2001 untuk kelulusan.
(i) Melebarkan jambatan dan jalan tuju di atas lintasan keretapi di Jalan Maju, Seberang Perai Tengah (SPT) (kerja ukur dijalankan tahun ini).
(ii) Melebar Jalan Sri Bukit/Jalan Megat Harun, Bukit Mertajam.
(iii) Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Maju/Jalan Berjaya, SPT.
Untuk langkah panjang, pihak JKR akan mengkaji dan mencadangkan jejambat yang melintasi landasan keretapi dilebarkan kepada 4 lorong.