Jawapan
Y.B. TUAN LIM HOCK SENG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
2. Jalan-jalan di kawasan perumahan Jalan Ketitir masih di bawah jagaan pihak USM. Jalan ini dibina oleh pihak USM dan pada ketika ini kerja pengorekan oleh IWK, JKR dan PBA sedang dilakukan. Pihak JKR telah mensyaratkan kepada ketiga-tiga syarikat utiliti supaya melakukan penampalan jalan tersebut mengikut syarat JKR. Hanya setelah kerja-kerja ini disempurna barulah pihak USM dapat menyerahkan jalan tersebut kepada JKR. Sekiranya syarat JKR dipatuhi adalah dijangkakan penyerahan ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada suku keempat tahun 2010.