Jawapan
Sebagai sebuah Kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri telah membuat pelbagai pendekatan bagi memaju dan menaikkan taraf kehidupan rakyatnya tanpa mengira kaum, agama dan kefahaman politik.
Antara bukti-bukti yang telah dilakukan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Melayu di Pulau Pinang termasuklah:
i) Peruntukan Hal Ehwal Agama yang dinaikkan sekali ganda daripada RM12.5 juta pada tahun 2008 kepada RM24.3 juta pada tahun 2010.
ii) Hasil tender terbuka yang diamalkan berlandaskan prinsip CAT telah membuktikan bahawa Kontraktor Melayu telah berjaya menunjukkan bahawa mereka mampu bersaing serta bukti yang kukuh di mana kontraktor Melayu telah berjaya memperolehi 67% daripada kontrak yang ditender oleh PBA dan 70% kontraktor Melayu telah berjaya memperolehi kontrak yang ditender di PDC. Ini memartabatkan kaum Melayu kerana membuktikan bahawa pengusaha Melayu dapat berdaya saing dengan sendirinya tanpa bergantung kepada sesiapa. Hanya kontraktor UMNO dan BN yang perlukan projek kroni untuk hidup.
iii) Sistem perjawatan yang adil yang diamalkan Kerajaan Negeri, yang mengutamakan kredibiliti dan kewibawaan telah meletakkan beberapa pegawai Melayu yang berwibawa memegang jawatan yang penting di dalam struktur organisasi Kerajaan Negeri contohnya, Arkitek Patahiyah sebagai YDP MPPP, Puan Hajah Rohani sebagai Pegawai Daerah, Daerah Seberang Perai Selatan dan Puan Maimunah sebagai Pengurus Besar Pejabat Warisan Dunia George Town.
iv) Tindakan penguatkuasaan perobohan gerai-gerai haram juga telah membuktikan bahawa tindakan dilaksanakan atas pertimbangan tidak mematuhi undang-undang dan bukannya di atas sikap perkauman di mana pada tahun 2009, sebanyak 4 gerai Melayu telah dirobohkan berbanding 16 gerai adalah milik Bukan Melayu
v) Projek Titian Saksama Rakyat yang menyediakan pinjaman tanpa faedah sehingga maksima RM5,000.00 kepada usahawan kecil telah memberi manfaat kepada 80.3% usahawan Melayu.
Jelaslah di sini bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa golongan Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang adalah tidak benar sama sekali. Bagi mencapai wawasan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar bertaraf antarabangsa, taraf hidup semua golongan harus dititiberatkan.