Jawapan
Lot asal bagi tapak sekolah antarabangsa berkenaan ialah PT 124 dan Lot 225 Mukim 4 Daerah Barat Daya seluas 121.4344 hektar yang didaftarkan atas nama Grand Chart Sdn. Bhd. – Lot ini telah pun diluluskan permohonan pecah sempadan pada 22.3.2000 dan salah satu plot yang dibentuk iaitu plot 262 adalah untuk tapak sekolah rendah dan menengah. Tapak ini tidak dirizabkan untuk tujuan sekolah tetapi hanya ditandakan di atas pelan untuk tujuan sekolah mengikut kehendak pelan kebenaran merancang yang diluluskan oleh MPPP.
Selepas pelan pecah sempadan diluluskan, kerja-kerja pembangunan tidak dijalankan dan terbiar dalam tempoh masa yang lama. Syarikat Grand Chart (pemilik tanah) kemudiannya telah menjual keseluruhan projek ini kepada pemaju yang lain iaitu MTT Properties & Development Sdn. Bhd. Tapak yang pada asalnya untuk tujuan sekolah masih dikekalkan untuk tujuan yang sama. Syarat Nyata tanah tersebut adalah untuk tapak sekolah.
Pemilik (MTT Properties & Development Sdn. Bhd.) telah mengemukakan pelan kebenaran merancang untuk pem binaan sekolah berasrama penuh antarabangsa dan ianya telah diluluskan oleh MPPP, Sekolah tersebut dibina atas tpelaburan Tetuan MTTT Properties & Development Sdn. Bhd.) menampung keperluan anak-anak Ekspatriat (Expatriate) atau tenaga pakar asing di Pulau Pinang dan ia selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan Balik Pulau sebagai hub pendidikan di Pulau Pinang.