Jawapan
Perkembangan terkini projek pembangunan semula Tanjong Tokong oleh UDA dijelaskan mengikut fasa pembangunan berdasarkan Pelan Susun Atur Induk Pembangunan Perumahan Dan Perdagangan Tanjong Tokong yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada 11 November 2003. Pelan Induk ini merangkumi kawasan seluas 78 ekar di mana sebahagiannya terletak di bahagian tanah darat Pulau Pinang dan sebahagian lagi di atas tanah tebus guna.
(a) Pembangunan yang telah dilaksanakan seperti berikut:
Parcel Butir Pembangunan Status
Parcel 4A :Desa Tanjung 1
Perumahan Kos Rendah bagi penempatan semula penduduk Tg Tokong.
Jumlah 550 unit Keluasan 8 ekar
Pelan kebenaran merancang telah dikemukakan kepada Unit OSC MPPP pada 15.5.2009 dan pelan telah diluluskan pada 26.1.2010.
Permohonan yang dikemukakan oleh UDA Holdings Sdn Bhd adalah berbentuk rumah pangsa kos rendah 6 hingga 10 tingkat dengan keluasan rumah antara 800 kp – 850 kp.
Berdasarkan pelan yang dikemukakan, rumah-rumah kampung/setinggan di atas tapak parcel 4A akan dirobohkan dan penempatan sementara berupa rumah panjang telah pun disediakan di atas tapak tebus guna (rockfill) di Parcel 1A dan 1B serta sebahagian tapak sekolah.
Pembangunan Parcel 4A belum bermula.
Tapak Parcel 4A ini juga dikenali sebagai tapak yang disebut-sebutkan untuk pengekalan sebagai kampung tradisional / kampung warisan Tanjung Tokong. Walau bagaimanapun pelan yang dikemukakan dan diluluskan oleh MPPP tidak menunjukkan sebagai kampung warisan.
Parcel 4B Pusat Komersil Warisan Tanjung
Pembangunan 4 tingkat pusat membeli belah Warisan Tanjung dengan 3 tingkat letak kereta dan 30 tingkat, 300 unit apartmen kos sederhana.
Jumlah 550 unit
keluasan 8 ekar
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Parcel 4C Desa Tanjung 2
Perumahan Kos Rendah sebanyak 352 unit Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Bersebelahan Parcel 4C
Pasar Awam 2 tingkat
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Parcel 5A dan 5B
Perumahan pangsapuri kos sederhana 128 unit dan townhouse 22 unit.
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Parcel 2
Rumah kedai 4 tingkat sebanyak 162 unit serta rumah teres 102 unit. Pihak UDA telah mengemukakan pelan kebenaran merancang kepada JPBD pada 15.7.2009 untuk cadangan 4 tingkat kedai/pejabat sebanyak 120 unit. Pelan masih dalam peringkat pertimbangan.
Parcel 3
Rumah teres 64 unit.
Pihak UDA telah mengemukakan pelan kebenaran merancang kepada JPBD pada 2.2.2007 untuk cadangan 64 unit rumah teres.
Pelan bangunan telah dikemukakan kepada JPBD pada 9.3.2007 dan diluluskan pada 12.12.2007.
Kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 19.3.2008. Sebahagian pembangunan telah disiapkan berupa 38 unit teres dan sedang diperingkat pemeriksaan untuk kelulusan sijil layak menduduki.
Parcel 1D
Pangsapuri kos sederhana 23 tingkat sebanyak 312 unit.
Pihak UDA telah mengemukakan pelan kebenaran merancang kepada MPPP untuk Pangsapuri kos sederhana 23 tingkat sebanyak 312 unit dan telah diluluskan pada 9.7.2003.
Pelan bangunan telah dikemukakan kepada JPBD pada 7.3.2006 dan diluluskan pada 11.5.2007.
Kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 18.12.2007. Pembangunan masih diperingkat dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2011.
Parcel 1C
Pangsapuri kos sederhana 25 tingkat sebanyak 304 unit.
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Parcel 1B
Pangsapuri kos sederhana 29 tingkat sebanyak 300 unit.
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Parcel 3E
Pangsapuri kos sederhana sebanyak 318 unit.
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Berhampiran Parcel 3
Tapak Kompleks Penjaja
Pihak UDA belum mengemukakan pelan.
Berhampiran Parcel 3
Tapak Sekolah
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri belum mengemukakan pelan tapak sekolah.
(b) Pihak pemaju UDA Holdings Sdn. Bhd. menghadapi masalah untuk menempatkan semula penduduk yang terlibat dengan pembangunan ini. Pihak penduduk telah mengemukakan tuntutan pampasan yang tinggi dan tidak dapat ditunaikan oleh pemaju. Beberapa siri perbincangan telah dijalankan antara Pejabat Daerah dan tanah, penduduk dan pemaju serta ADUN Kawasan untuk mencapai kata sepakat. Pemaju juga menghadapi masalah jumlah bancian yang telah bertambah dari bancian yang asal.
(c) Kerajaan Negeri telah pun memberi perhatian terhadap masalah penduduk yang terlibat dan telah memberi bantuan dan kerjasama demi mengekalkan harmoni sosial di kalangan penduduk dapat dipelihara dan ciri-ciri kampung Melayu warisan dapat diteruskan selari dengan pelaksanaan pembangunan di Tanjong Tokong.