MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
19/04/2010
Soalan Sila senaraikan lawatan-lawatan luar negara Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, agensi Kerajaan Negeri, PDC dan PBA dari tahun 2008 hingga Mac 2010. Apakah motif lawatan dan apakah yang tercapai? Sila berikan dengan terperinci wakil rakyat yang mengikuti rombongan mengikut Jawatankuasa Exco, kos perbelanjaan dan kekerapan setiap wakil rakyat yang dipilih.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Perdagangan

Jawapan
Sepanjang dua tahun mentadbir, kos lawatan keluar negara yang dibuat oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM 1,730,912.62 berbanding dengan kos lawatan keluar negara bagi tahun 2007 sahaja iaitu sebanyak RM 2,116,697.76.

Di antara Exco dan pemimpin yang terlibat dalam lawatan keluar negara ialah Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Y.B. Tuan Haji Mansor bin Othman, Y.B. Prof Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy, Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Y.B. Tuan Chow Kon Yeow, Y.B. Tuan Law Heng Kiang , Y.B. Tuan Law Choo Kiang, Y.B. Tuan Phee Boon Poh, Y.B. Tuan Lim Hock Seng, Y.B. Tuan Wong Hon Wai, Y.B. Puan Ong Kok Fooi, Y.B. Tuan Jeff Ooi, Y.B. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady, Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain, Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo, Y.B. Tuan Sim Tze Tzin, Y.B. Tuan Tan Hock Leong, Y.B. Tuan Teh Yee Cheu, Y.B. Tuan Maktar bin Hj. Shapee, Y.B. Tuan Haji Mohd Salleh bin Man, Y.B. Tuan Koay Teng Hai dan Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam.

Negara-negara yang dilawati dalam lawatan keluar negara adalah Korea Selatan, United Arab Emirates (UAE), England, India, Vietnam, Thailand, Australia, Macau, Tanzania, Switzerland, Arab Saudi, China, Singapura, Jepun, Indonesia, Jerman, Bahrain, Iran, Amerika Syarikat, Taiwan dan Hong Kong.

Disediakan oleh : Siti Asma' Bt. Mohd Salleh (019-4100466)

Disemak oleh :

Diluluskan oleh :
Kembali