MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
19/04/2010
Soalan (a) Berapakah bilangan pertubuhan PEMADAM di negeri ini? (b) Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PEMADAM Negeri bagi mengatasi penyalahgunaan dadah di negeri ini?
Dun -
Exco Y.B. TUAN PHEE BOON POH
Perkara ADUN

Jawapan
i. Di Pulau Pinang terdapat 1 Pejabat PEMADAM Negeri dan 5 PEMADAM Daerah.

ii.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PEMADAM Negeri dan Daerah bagi menangani penyalahgunaan dadah adalah seperti berikut :

a. Program Masyarakat Bebas Dadah;

i. Program Masyarakat Bebas Dadah dengan kerjasama PEMADAM Daerah di Bilik Bunga Raya Pejabat Daerah Barat Daya, Balik Pulau pada 6 Mac 2010.

ii.Aktiviti PEMADAM masuk kampung dan ceramah anti dadah secara kelompok kecil kepada kaum wanita oleh Biro Hal Ehwal Wanita di Kg. Tanjung Bunga dengan kerjasama PEMADAM Daerah Timur Laut.

iii.Program Damai Bersama Masyarakat & Pemimpin Tempatan di Bilik Bunga Raya, Pejabat Daerah, Balik Pulau dengan kerjasama PEMADAM Daerah Barat Daya pada 11 Mac 2010.

b. Program Memperkasakan Keluarga Bebas Dadah;

i.Ceramah di Sekolah untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru di S.J.K Pulau Betong, Balik pulau , Pulau Pinang pada 10 Januari 2010.

ii. Program Cemerlang Keluarga Bebas Dadah di Flat Sri Bayu, Bayan Lepas pada 22 Februari 2010.

c. Program Pelajar Bebas Dadah;

i. Ceramah Bahaya Dadah di Sekolah Menengah kebangsaan, Telok Air Tawar, Butterworth pada 4 Mac 2010.

ii. Mystar PEMADAM di Dewan Puspen Bukit Mertajam pada 13 Mac 2010 dengan kerjasama PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah.

iii.Pelancaran Sahabat PEMADAM di Pusat Khidmat Y.B Datuk Ariff Shah, Taman Pauh Indah dengan kerjasama PEMADAM Daerah Seberang Prai Tengah.
IV. Ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Bayan lepas, Pulau Pinang.

Program-program ini dijalankan secara berterusan dengan melibatkan agensi-agensi kerajaan, PDRM,Rukun Tetangga,JKKK,JK Kariah, swasta dan NGO. PEMADAM Negeri Pulau Pinang juga telah menubuhkan sebuah Pusat Khidmat " Outreach Centre" pada akhir tahun 2009 yang menyediakan latihan,peluang mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menjauhkan mereka dari pengaruh dadah.


Kembali