MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
19/04/2010
Soalan MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS 19 APRIL 2010 PERKARA : 5(B)(XXV)8 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA Y.B. TUAN ONG KHAN LEE 8. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan dengan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sekiranya tidak direstui oleh SPR?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara -

Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
8. Kerajaan Negeri sememang bercadang untuk meneruskan pilihan raya Kerajaan Tempatan tertakluk kepada kepatuhan undang-undang. Setakat ini Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh melaksanakan Pilihan Raya tersebut disebabkan oleh faktor undang-undang. Oleh itu Kerajaan Negeri telah melantik satu panel pakar undang-undang untuk mengkaji undang-undang yang membolehkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan diadakan. Sehingga sekarang, masih belum dapat dijangka bila Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang dapat dilaksanakan.

Kembali