MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
19/04/2010
Soalan Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menukarkan kereta-kereta lama yang melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi?
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Pentadbiran

Jawapan
Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk menggantikan kereta-kereta lama yang dikenal pasti tidak ekonomik lagi untuk diperbaiki kerana kos penyelenggaraan yang tinggi akan tetapi tidak ada sebarang cadangan buat masa kini untuk kenderaan Ahli-ahli MMK. Walau bagaimanapun, penukaran ini dilakukan secara berperingkat berdasarkan keperluan Jabatan. Tindakan menggantikan kenderaan lama ini bagi memastikan urusan Jabatan tidak terjejas khususnya tugasan luar seperti penguatkuasaan.
Kembali