MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
19/04/2010
Soalan MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS 19 APRIL 2010 PERKARA : 5(B)(XXI)19 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN SUNGAI PINANG Y.B. TUAN KOID TENG GUAN 19. Berapakah jumlah tanah TOL yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri ini bagi tempoh 2008, 2009 dan 2010 di KADUN Sungai Pinang? Sila berikan juga maklumat berkenaan: (a) Maklumat penghuni, kaum dan tempoh diluluskan. (b) Sila nyatakan syarat permohonan untuk tanah TOL. (c) Jumlah tanah TOL yang diluluskan di seluruh Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco YAB. KETUA MENTERI
Perkara Tanah

Jawapan
JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI
19. Jumlah tanah TOL yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tempoh 2008 dan 2009 di KADUN Sungai Pinang adalah sebanyak 22. Bagi tahun 2010, belum ada lagi TOL yang diluluskan di KADUN tersebut.

a) Maklumat penghuni, kaum dan tempoh diluluskan bagi tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:





TAHUN 2008

BIL NAMA KAUM
1 Tan Yew Lye Cina
2 Tneh Hean Lum dan Teh Hean Seng Cina
3 Lee Kheng Joo Cina
4 Yeoh Swee Choo Cina
5 Teoh Beng Aik Cina
6 Goh Cheong Chew Cina
7 Tan Meng Hooi Cina
8 Yeoh Chin Chye/Goh Hee Leong Cina
9 Lee Yew Keng Cina
10 Tan Chiang Hun Cina
11 Wong Foong Hin Cina
12 Goh Bok Kooi Cina
13 Lee Khar Choo Cina
14 Goh Joo San Cina
15 Lee Kean Hin Cina
16 Khaw Geok Teng @ Koh Geok Teng Cina
17 Eng Seng & Co Cina
18 Yeoh Keng Hong Cina
19 Oo Tiang Kee Cina
20 Lee Leong Eng Cina
21 Tan Ah Bah @ Tan Chor Beng Cina





TAHUN 2009
BIL NAMA KAUM
1 Tan Chee Hai Cina



Tempoh TOL yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah untuk tempoh setahun berakhir pada penghujung tahun tersebut. Walau bagaimanapun, TOL boleh diperbaharui setiap tahun. Jika tiada permohonan memperbaharui TOL diterima dalam tempoh tersebut, maka TOL tersebut akan terbatal dengan sendirinya dan permohonan baru perlu dibuat untuk mendapatkan kelulusan semula tapak TOL berkenaan.

b) Syarat-syarat permohonan TOL mengikut seksyen 43, Kanun Tanah Negara 1965 adalah seperti berikut:

i) Manusia selain daripada remaja;
ii) Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah; dan

iii) Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain- lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957;

c) Kadun Sungai Pinang terletak di dalam Daerah Timur Laut dan sehingga kini jumlah yang diluluskan dan masih aktif. KPI Daerah Timur Laut ialah 456.




Kembali