Jawapan
14. Isu pondok-pondok telefon yang terbengkalai di Negeri Pulau Pinang telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (MJKTD) Timur Laut Bil. 9 Tahun 2009 dan berdasarkan semakan dengan pihak Telekom Malaysia Berhad memaklumkan bahawa pengurusan telefon awam adalah di bawah TM Payphone S/B yang kini diambil alih oleh Pernec Corporation Berhad dan bertanggungjawab mengendalikan segala aset dan operasi telefon awam.
Di dalam MJKTD Timur Laut Bil. 12 Tahun 2009, pihak PERNEC telah memberi maklum balas bahawa pihaknya sedang dalam proses melantik beberapa kontraktor dan memerlukan masa bagi melaksanakan kerja-kerja melupuskan pondok-pondok telefon awam terbengkalai.
Semakan dengan pihak PERNEC pada 1.4.10 dimaklumkan bawah pihak Pejabat Induk PERNEC di Kuala Lumpur telah meluluskan pelantikan kontraktor dan kerja-kerja akan bermula dalam masa terdekat dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat kerana merangkumi seluruh Negeri Pulau Pinang. Pada masa yang sama, sebagai tindakan penyelesaian semasa, pihak PERNEC telah mengambil tindakan melupuskan pondok-pondok telefon awam yang terbengkalai dengan menggunakan kakitangan PERNEC sendiri, walau bagaimanapun pelaksanaan kerja-kerja pelupusan berkenaan adalah dalam skala kecil kerana kekurangan kakitangan dan kelengkapan.