Jawapan
5. Sepanjang tahun 2011, Kerajaan Negeri melalui MPPP, MPSP dan Jabatan Perhutanan Negeri telah menanam sebanyak 22,035 pokok dari pelbagai spesies. Pecahan mengikut jabatan/agensi seperti berikut:
MPPP
4,313 batang pokok
MPSP
8,734 batang pokok
Jabatan Perhutanan
8,988 batang pokok
Jabatan Perhutanan juga telah menyumbang sebanyak 5,770 anak pokok teduhan dan pengindahan kepada agensi kerajaan, syarikat swasta, Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung dan persatuan bagi penanaman.
Sepanjang tahun 2012, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan usaha penanaman pokok baru di kawasan terosot dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 4.0 ha dan penanaman di kawasan pesisiran pantai di luar kawasan HSK seluas 4.0 ha.
Kerajaan Negeri melalui MPPP, akan meneruskan usaha-usaha penanaman pokok baru melalui pelaksanaan aktiviti/program seperti berikut:
(i) Melaksanakan program gotong-royong bersama penduduk dan pihak swasta melalui Program Cleaner, Greener Penang bagi program penanaman pokok.
(ii) Bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti JKR, LLM, JPS untuk meningkatkan program penanaman pokok.
(iii) Mewujudkan pocket park dan taman-taman baru seperti friendship park, linear park.
(iv) Menubuhkan Unit Arborist di MPPP bagi memeriksa di bawah penyelenggaraan MPPP.
(v) Mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok teduhan.
(vi) Bekerjasama dengan pihak swasta bagi menyelenggara kawasan landskap melalui Program CSR.
(vii) Mewujudkan arboratum di kawasan interchange (hadapan Queensbay) dengan kerjasama pihak swasta dan NGO.
Melalui MPSP pula, Kerajaan Negeri akan melaksanakan program/aktiviti berikut:
(i) Pada tiga (3) bulan pertama tahun 2012 (Januari-Mac) sebanyak 573 batang pokok ditanam di seluruh Seberang Perai di mana sebanyak 267 batang telah ditanam oleh MPSP dan sebanyak 306 batang ditanam oleh pihak pemaju.
(ii) Memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju hendaklah mengemukakan Pelan Landskap mengikut syarat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (PKM).
(iii) Menggalakkan penyertaan korporat dalam program CSR bagi mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan keceriaan kawasan.