MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Sila nyatakan usaha-usaha lanjut yang akan diambil Kerajaan Negeri untuk meningkatkan imej Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri terunggul di Malaysia yang mempromosikan inisiatif Cleaner, Greener & Safer Penang.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara --

Jawapan
7. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan imej Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bukan sahaja unggul di Malaysia malahan di persada dunia dalam mempromosikan inisiatif Cleaner, Greener & Safer Penang.

Antara usaha konsisten Kerajaan Negeri ialah sentiasa meningkatkan tahap pematuhan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ini termasuklah penguatkuasaan ke atas kilang-kilang, kenderaan petrol dan diesel, projek-projek pembangunan serta pengawasan untuk kualiti air sungai, air marin dan air bawah tanah supaya mematuhi had-had yang ditetapkan. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar juga mengamalkan konsep ‘kitar semula’ (waste recovery) di mana sebahagian daripada bahan-bahan merbahaya yang dikeluarkan oleh kilang boleh diperoleh kembali sebagai produk dan diguna semula sebagai bahan mentah.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar juga akan mempergiatkan program-program kesedaran alam sekitar seperti ceramah, pameran, Kem Kesedaran Alam Sekitar dan sebagainya bagi melahirkan warga yang lebih menyayangi alam sekitar dan sama-sama bertanggungjawab dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kerajaan Negeri yakin program Rakan Alam Sekitar (RAS) yang diwujudkan dapat menarik orang ramai untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan alam sekitar. Di bawah program RAS ini juga, pelaksanaan sekolah lestari dan prasekolah lestari diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja bijak dari segi akademik malah mempunyai nilai-nilai murni terhadap alam sekitar.

Di dalam membantu visi dan misi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke arah bandaraya yang bersih, hijau dan bandar selamat, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga turut membantu dengan mengambil beberapa strategi seperti berikut:-

Melalui MPSP:

i. Memperkasakan program Local Action 21 melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan seperti berikut:

a. Mempergiatkan program kitar semula
b. Melaksanakan Program Sekolah Hijau
c. Melaksanakan Program Zero Waste di peringkat MPSP dan sekolah yang terpilih
d. Program membuat Mud Ball
e. Program membuat Kompos
f. Program penghasilan sabun dari sisa lemak
g. Pengiktirafan Taman Bersih
h. Kempen Pengurangan Penggunaan Plastik

i. Program Industri Hijau

ii. Menggalakkan penyertaan korporat dalam program CSR bagi mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan keceriaan kawasan.

iii. Memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju hendaklah mengemukakan Pelan Landskap.

iv. Pihak MPSP juga telah merancang untuk meningkatkan tahap kebersihan dengan mencantum Kerja Pembersihan Am dan Perkhidmatan Pelupusan Sampah di bawah Skop Pembersihan Bersepadu agar semua perkhidmatan tersebut dapat diselaraskan.

v. Meningkatkan kemudahan perkhidmatan di Stesen Pemindahan Ampang Jajar bagi melancarkan proses kemasukan dan penghantaran sampah ke Pulau Burung dengan penambahan 4 bay kepada 6 bay dan berkeupayaan untuk ditingkatkan kepada 8 ‘bay’ apabila diperlukan.

vi. Bagi menjamin proses akhir pelupusan sampah mencapai standard yang ditetapkan, pihak MPSP bersama Kerajaan Negeri dan MPPP telah berusaha untuk mempertingkatkan taraf Tapak Pelupusan Pulau Burung dengan menaiktaraf dari ‘Sanitary Landfill Levell III’ kepada ‘Sanitary Landfill Level IV’ iaitu dengan mengambilkira perawatan air leachate dan pengurusan gas.

vii. Pemantauan 24 jam di kawasan hot spot oleh anggota Penguatkuasa MPSP melalui rakaman CCTV.

viii. Memperkenalkan ciri-ciri bandar selamat di dalam Pelan Kebenaran Merancang.


Dalam aspek ini, MPPP telah mengambil beberapa strategi seperti berikut:-

(i) Program Penghijauan.

Program “Cleaner, Greener Penang” merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha menghijaukan bumi. Beberapa projek utama penghijauan telah dirancang setakat ini bagi mencapai hasrat visi dan misi Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri hijau (Green State).


Projek penghijauan yang telah dibuat adalah seperti berikut:-




Bil. Senarai Projek

1. Projek Penghijauan Lebuh Carnavon.

2. Projek Penghijauan Weld Quay.

3. Taman Sahabat (Friendship Pocket Park) di Jalan Sultan
Ahmad Shah.

4. Projek Taman Mini, Balik Pulau.

5. Projek Penghijauan Sepanjang Jalan Dato Keramat.


(ii) Program Penanaman Pokok.

Program penanaman pokok diwujudkan bagi menghijaukan kawasan Pulau Pinang dan penebat kepada pencemaran. Di samping itu juga, ianya dapat mengurangkan pulau haba (heat Island) terutamanya kawasan yang pesat membangun seperti Pulau Pinang. Program penanaman pokok ini adalah kerjasama penglibatan dari pelbagai agensi kerajaan, MPPP, NGO dan juga pemaju-pemaju projek pembangunan di Pulau Pinang. Program penanaman pokok yang dibuat oleh MPPP sehingga 31 Mac 2012 telah mencapai bilangan pokok sebanyak 1680 batang pokok. Manakala pihak swasta telah menyumbang dalam usaha penanaman pokok di Pulau Pinang sebanyak 9,744 batang pokok sehingga 31 Mac 2012.


(iii) Projek Landskap

Projek landskap MPPP dengan kerjasama pihak swasta melalui program Corporate Social Responsibility (CSR) yang telah dibuat adalah seperti berikut:-






Kawasan Daerah Timur Laut

Bil. Pihak Swasta/NGO Lokasi

1. Tetuan IJM Properties Sdn. Bhd.

Projek-Projek Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang
- Program Angkat
- Cadangan Kerja-Kerja Landskap Bagi Cadangan Untuk Pengindahan Bulatan Persiaran Gurney, Persiaran Gurney, D.T.L, Pulau Pinang.

2. Tetuan Quality Frontier Sdn. Bhd.

Projek-Projek Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang

- Program Angkat Penyelenggaraan Kawasan Lapang bagi Rumah Berkembar 3 Tingkat (2 Unit) Dan Rumah Teres 3 Tingkat (52 Unit), Di Atas Lot 1464, Mukim 13, Lebuh Relau 1, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.(Terapautic Garden).

3. Tetuan Soroptimist International Penang.

- Program Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang
– Projek Penanaman Pokok Di Tanah Lapang Taman Free School, Pulau Pinang.


4. Tetuan Ivory Gleneary Sdn. Bhd.

- Program angkat MPPP
- Cadangan Pembinaan Arca ’Sculpture’ Di Kawasan Terbuka (Dataran) Pembangunan Penang Time Square, Jalan Dato’ Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.

5. Tetuan IJM Properties Sdn. Bhd.

- Program Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang
– Projek Menaiktaraf di Bulatan Udini, Jalan Udini, Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

6. Tetuan E & O Properties (Penang) Sdn. Bhd.

Program Angkat MPPP
- Cadangan Menaik taraf Landskap Di Bulatan Air Putih/Bukit Bendera, Persimpangan Jalan Penang Hill / Jalan Ayer Itam, Seksyen 1, Bandar Ayer Itam, D.T.L, Pulau Pinang (Bulatan Air Itam,Bkt Bendera).

7. Tetuan Lion Club Of Penang.

Program Angkat MPPP
- Projek Menaiktaraf Landskap di Tanah Lapang Lorong Amoy, Jalan Hutton, D.T.L, Pulau Pinang.


8. Y.B Tuan Jason Ong Khan Lee (ADUN KEBUN BUNGA).

Program Angkat MPPP
- Projek menaiktaraf tempat parkir MPPP kepada Linear Park di
sebahagian Lot 1268, Sek.2, Padang Tembak, Air Itam, DTL,
Pulau Pinang.


Projek landskap MPPP dengan kerjasama pihak swasta melalui program
Corporate Social Responsibility (CSR) yang telah dibuat adalah di kawasan Daerah Barat Daya seperti berikut:-

Kawasan Daerah Barat Daya

Bil. Tetuan Lokasi.

1. Tetuan Mtt Properties & Development Sdn. Bhd.
Projek-Projek Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang
- Program Angkat Penyelenggaraan Kawasan Lapang (Tanah
Kerajaan) Fasa 1B, Di Atas Lot 1463, Jalan Sg.Air Putih, Mukim 4,
Daerah Barat Daya, Pulau Pinang (Botanica.ct).

2. Tetuan Setia Promenade Sdn. Bhd. / SP Setia Sdn. Bhd.
Program Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
– Projek Menaiktaraf Landskap Bulatan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3. Tetuan Penang Reality Sdn. Bhd.
Projek-Projek Angkat Di Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Program Angkat Penyelenggaraan Kawasan Lapang (Tanah
Kerajaan) Jalan Lembah Permai,Tanjung Bungah.

(iv) Program Komuniti (Cleaner, Greener Penang).

Di samping itu, MPPP telah pun melaksanakan Program Komuniti “Cleaner, Greener Penang” dengan ADUN, Ahli Majlis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk, Persatuan Penduduk, NGO’s dan juga pihak swasta demi untuk merealisasikan visi dan misi Kerajaan Negeri menjadikan Negeri Pulau Pinang sebuah negeri hijau.

Bagi membudayakan kesedaran amalan kebersihan persekitaran, program- program yang telah dilaksanakan di bawah Initiatif Cleaner, Greener Penang yang dilancarkan pada 22 Mei 2010 adalah seperti berikut:-

Bil. Program yang dijalankan 2010 2011 2012
(Setakat Mac)

1. Program Komuniti Kesihatan
Pesekitaran (Gotong - Royong) 162 196 49

2. Ops Sinar Bersepadu 476 539 72

3. Ceramah & Pameran Kitar
Semula termasuk Kempen
Pengurangan Beg Plastik 22 46 20

4. Kitar Semula Komputer
Terpakai
(beratan yang dikumpul). 18,000 kg. 9,355 kg. 4067 kg.


Program Pengurangan Sisa Pepejal kini dipertingkatkan dengan penglibatan komuniti di peringkat sekolah-sekolah, persatuan penduduk dan pengusaha-pengusaha pasaraya melalui kaedah “separation at source and collection point”. Beberapa buah lokasi pusat tong kitar semula adalah ditempatkan di bahagian pulau sebagai insentif untuk masyarakat mempergiatkan aktiviti kitar semula.

MPPP juga sedang rancak melaksanakan program di bawah Majlis Perunding Komuniti yang bertindak sebagai platform ke arah Negeri Hijau dengan penglibatan ADUN, Ahli Majlis, Persatuan Penduduk, NGO’s dan pihak swasta. MPPP telah pun melaksanakan program Komuniti ‘Cleaner, Greener Penang’ bagi tahun 2010 – 2012 seperti berikut:-

Program yang dijalankan 2010 2011 2012
(setakat April)
Program Komuniti

“Cleaner, Greener Penang” 10 17 10


(v) Program “No Plastic Bag Day”

Kempen “No Plastik Bag Day” telah dimulakan sejak tahun 2009, dimana semua pasaraya dan restoran rangkaian telah diberikan syarat tambahan agar tidak lagi membekalkan beg plastik secara percuma pada hari-hari tertentu. Mulai tahun 2011, semua pasaraya telah diarahkan agar tidak lagi membekalkan beg plastik secara percuma dan menggalakkan pelanggan menggunakan beg kertas/beg mesra alam. Bagi pelanggan yang inginkan beg plastik, caj 20sen akan dikenakan dan hasil kutipan ini disalurkan ke Tabung Rakan Anti-Kemiskinan.

(vi) Program Kebersihan Tandas Awam.

Kempen Kebersihan Tandas Awam yang telah dilancarkan pada 9 Mac 2012 sebagai initiatif strategik untuk mempertingkatkan budaya penyelenggaraan dan kebersihan tandas melalui pendekatan strategi 4P (Pembelajaran, Publisiti, Penilaian dan Pengiktirafan). Kempen ini telah dilancarkan pada 9.3.2011 sehingga 23 November 2012.

Kempen ini akan meliputi beberapa kategori seperti berikut:-

(i) Kategori Tandas Sekolah Rendah

(ii) Kategori Tandas Sekolah Menengah

(iii) Kategori Tandas Pusat Beli Belah

(iv) Kategori Tandas Restoran / Premis Makanan

(v) Kategori Tandas Pengusaha Stesen Minyak

(vi) Kategori Tandas Milik PBT

(vii) Kategori Tandas Pejabat Kerajaan

(vii) Program Skuad ‘Anti Litter’ dan ‘Ops Pickers’.


(i) Ops “pickers” dijalankan setiap hari di kawasan pelancongan seperti Persekitaran Gurney, Padang Kota Lama dan Promenade Sungai Pinang serta Jalan Persisiran Pantai Queensbay.

(ii) Skuad “Anti Litter” bersepadu untuk mengeluarkan saman kepada orang ramai yang membuang sampah telah diwujudkan dengan memberi tumpuan kawasan pelancongan.

(iii) Program Bandar Selamat.
MPPP sentiasa menjalankan usaha-usaha bagi meningkatkan imej Negeri Pulau Pinang sebagai negeri terunggul di Malaysia dalam mempromosikan insiatif Safer Penang dengan memberi tumpuan kepada langkah-langkah pengurangan jenayah antaranya:-

(i) Pencahayaan.

(ii) Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor (penyediaan bollard / rel penghadang / tanaman landskap / penyediaan laluan motosikal khas / laluan pejalan kaki khas).

(iii) Pemasangan CCTV.

(iv) Pembersihan kawasan semak samun, dan

(v) Mengenalpasti kawasan hotspot baru melalui pemetaan GIS Program.





Pada tahun 2012, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2.1 juta untuk melaksanakan Insiatif NKRA Lab Pencegahan Jenayah. Peruntukan diluluskan hanya kepada 5 Langkah Segera Program Bandar Selamat, iaitu:-

(i) Pencahayaan.

(ii) Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor (penyediaan bollard / rel penghadang / tanaman landskap / penyediaan laluan motosikal khas / laluan pejalan kaki khas).

(iii) Pemasangan Papan Tanda Keselamatan.

(iv) Cermin Keselamatan.

(v) Tempat Motosikal Berkunci.


Untuk meningkatkan imej Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau, Penang Green Council akan menumpukan perhatian atas pendidikan dan kesedaran orang awam terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri. Pada tahun 2012, PGC akan melancarkan projek-projek seperti berikut:-

(1) Kampungku/Komunitiku, bersih dan Hijau.

(2) Program Warga Hijau.

(3) Green Journalism and Green Video Contest.

(4) Penang Green Office Project.

(5) Penang Green Expo 2012 
Kembali