MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Apakah rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani masalah penjaja haram yang kian bertambah?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Isu

Jawapan
Bagi menangani masalah penjaja haram yang kian bertambah, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan seperti berikut:

(i) Menjalankan bancian keseluruhan penjaja haram;

(ii) Berusaha melesenkan tempat-tempat penjaja yang didapati dapat
memenuhi syarat-syarat Majlis.

(iii) Menjalankan proses temuduga setiap bulan bagi memberi peluang perniagaan secara sah kepada penjaja di kompleks/pasar/tapak penjaja hak milik Majlis.

(iii) Memberi keutamaan diberi kepada penjaja-penjaja yang telah menjalankan perniagaan untuk pengisian ke tapak kosong kompleks/pasar/tapak penjaja hak milik Majlis.

(iv) Kawalan dan tindakan penguatkuasaan tegas bagi kes-kes penjaja tanpa lesen yang mengganggu lalulintas; dan
Kembali