MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Apakah rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja yang mahir di Negeri Pulau Pinang?
Dun -
Exco Y.B. PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Perkara --

Jawapan
4. Antara strategi-strategi Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja yang mahir di Pulau Pinang ialah:

Menarik tenaga kerja mahir baru ke Pulau Pinang dan juga mengekalkan sumber tenaga mahir sedia-ada di negeri ini, melalui program-program Penang Career Assistance and Talent Centre yang dikendalikan oleh investPenang dengan fungsi untuk:

(i) Membantu dan memberikan maklumat-maklumat kepada bakat-bakat yang ingin bekerja dan bermastautin di negeri ini. Laman web Pg CAT Centre sebagai Your Global Gateway to Careers in Penang mengandungi maklumat tentang perkembangan di Negeri Pulau Pinang, berita terkini suasana pelaburan, pengumuman dan senarai terkini jawatan kosong pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di Pulau Pinang terutama multi- nationals.

(ii) Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat latihan kemahiran dalam kegiatan pemadanan secara terus antara tenaga kerja mahir dan majikan-majikan.

(iii) Menjangkau kepada bakat-bakat tempatan dan sedunia dengan tujuan menarikkan mereka bekerja di Pulau Pinang.



(iv) Menjangkau kepada Diaspora Malaysia dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai tempat yang amat sesuai untuk bekerja atau melabur.

(v) Membantu pelabur-pelabur yang sukar mendapat pekerja masing- masing dengan memadankan mereka dengan bakat- bakat yang sedia ada dalam pangkalan data Penang CAT Centre atau institusi-institusi yang bergabung dengan Penang CAT Centre.

(vi) Bergabung dengan agensi-agensi negeri yang lain seperti Penang Global Tourism dan Georgetown Festival Sdn Bhd bagi mempromosikan Pulau Pinang sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa international city, mengukuhkan mesej bahawa Pulau Pinang ialah suatu tempat yang amat menarik untuk Live, Work and Play.

Selain daripada itu, banyak program telah ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC). PSDC memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja-pekerja pada peringkat pengurusan dan teknikal, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan. Selain daripada program-program teras, PSDC juga menjalankan Program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP) yang dibiayai sepenuhnya di bawah Tabung Pembangunan Kemahiran. Program ini khas untuk lepasan diploma dan ijazah yang masih menganggur dengan tujuan peningkatan kemahiran dan menambah nilai bagi mendapat pekerjaan.

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang terletak di Bukit Mertajam merupakan satu lagi Institusi Latihan Kerajaan yang berfungsi menghasilkan tenaga kerja yang mahir dan separuh mahir untuk keperluan pembangunan khususnya dalam bidang perindustrian. Institusi ini merupakan pusat kecermelangan dalam bidang elektrik dan elektronik, dan ianya juga menjalankan beberapa kursus jangka pendek dan jangka panjang.

Institusi Teknikal Jepun-Malaysia, Institusi Latihan Perindustrian dan Advance Technology Training Center merupakan antara lain-lain institusi yang terdapat di Negeri Pulau Pinang di bawah naungan dan seliaan Jabatan Tenaga Manusia, yang menawarkan tempat bagi individu yang berminat menyambung pengajian terutamanya dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
Kembali