MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan (a) Siapakah konsultan Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS)? (b) Kenapakah kaedah yang digunapakai tidak sama atau selaras bagi Daerah SPU, SPT dan SPS? (c) Apakah Rancangan Pembangunan Tempatan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang bagi daerah-daerah yang tersebut di atas?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara --

Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

16. Jawapan
(a) Perunding yang dilantik bagi menyediakan Draf Rancangan- Rancangan Tempatan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Perunding Permai Sdn. Bhd. – Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Utara
(ii) Juru Rancang Sepakat Sdn. Bhd. – Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Tengah
(iii) RnR Consultant Sdn. Bhd. – Draf Rancangan Tempatan Daerah Seberang Perai Selatan
(b) Semua kaedah penyediaan Rancangan Tempatan adalah mengikut Manual Penyediaan Rancangan Tempatan yang di keluarkan oleh JPBD Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanpun, cadangan dan strategi laporan rancangan tempatan tersebut berbeza mengikut kreativiti dan idea dari perunding yang telah dilantik mengikut setiap daerah-daerah tersebut.
(c) Rancangan Tempatan bagi ketiga-tiga daerah ini tidak disediakan secara jangka pendek atau jangka sederhana sebaliknya ianya disediakan bagi jangka masa/tempoh sehingga tahun 2020 dan ia selari dengan tempoh Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020.
Kembali