MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Apakah jenis pembangunan yang dibenarkan di garisan pantai di Negeri Pulau Pinang?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara --

Jawapan
Pembangunan yang dibenarkan di garisan pantai di Pulau Pinang perlulah mematuhi garis panduan yang dinamakan Intergrated Coastal Zone Management (ICZM) yang telah dinyatakan di dalam RSNPP 2020 melalui:

DS60 -Polisi pengurusan pantai bersepadu akan dilaksanakan di kawasan zon pantai dan kawasan darat zon pantai dan

DSU 8 L2: Pembangunan tebus guna tanah perlu mematuhi garispanduan ICZM.

Manakala pelan pembangunan yang melibatkan tebus guna tanah ianya perlu mematuhi garispanduan ICZM dan juga Pelan Pengurusan Pantai Berintegerasi Intergrated Shoreline Management Plan (ISMP) yang disediakan oleh pihak JPS.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP) telah menetapkan pembangunan-pembangunan yang sesuai untuk dibangunkan di kawasan zon pantai adalah pembangunan pelancongan yang berasaskan pantai dan eko bagi kawasan pantai yang berada di dalam Koridor Pembangunan Utama. Bagi kawasan pantai yang berada di dalam Koridor Pembangunan Sekunder, pembangunan yang dibenarkan di kawasan pantai adalah seperti pembangunan ‘infill’ yang berketumpatan rendah-sederhana, perumahan berketumpatan rendah dan aktiviti pelancongan terhad dan pelancongan eko. Walaubagaimanapun pembangunan yang dibenarkan ini adalah tertakluk kepada syarat penyediaaan zon penampan sebanyak 60 meter bagi zon pantai bagi kawasan pantai berpasir dan 400 meter bagi zon pantai untuk zon pantai berlumpur . Sebarang pembangunan bagi kawasan pantai berlumpur yang telah diwartakan sebagai Hutan Paya Bakau adalah tidak dibenarkan demi menjaga Alam Sekitar paya bakau.

Kembali