Jawapan
Y.B. TUAN WONG HON WAI
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
37. Tender untuk kerja-kerja menaik taraf sistem pembentungan najis di Taman Desa Jawi telah dipanggil dan penilaian telah dilakukan bagi memilih kontraktor yang layak untuk ditawarkan. Walau bagaimanapun, Bahagian Perumahan mendapati bahawa terdapat keperluan butir-butir teknikal tambahan yang terlibat dengan perkhidmatan menaik taraf sistem pembentungan najis ini dan sedang meneliti semula secara terperinci sebelum tawaran dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya.
Sebagai langkah susulan bagi mengatasi masalah ini, Bahagian Perumahan telah dan akan memantau keadaaan loji tersebut serta telah mengambil tindakan untuk memastikan loji tersebut beroperasi dengan baik sehingga kerja-kerja menaik taraf dijalankan. Setakat ini, sebagai langkah sementara, kerja-kerja perkhidmatan pembentungan loji rawatan kumbahan Taman Desa Jawi, SPS (mengosongkan tangki najis (ST) ) telah dilakukan sebanyak 12 kali dengan kos RM25,402.50).