MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Sila nyatakan jumlah kompleks membeli belah bertaraf antarabangsa yang telah dibina di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 sehingga 31 Disember 2011?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Pembangunan

Jawapan
6. Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat berkaitan kriteria untuk kompleks membeli belah yang diiktiraf bertaraf antarabangsa. Walau bagaimanapun, senarai kompleks sedemikian yang telah dibina di kawasan MPPP sejak tahun 2008 hingga 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:

(i) 1st Avenue
(ii) Penang Times Square
(iii) Gurney Paragon
(iv) Straits Quay
(v) Tesco Tanjong Pinang
(vi) Queensbay Mall

Di Seberang Perai, kompleks membeli belah dalam kategori yang sama mula beroperasi selepas tahun 2008 tetapi bangunan- bangunan tersebut telah siap dibina sebelum tahun 2008. Senarai kompleks tersebut adalah seperti di bawah.

(i) Jusco di Bandar Perda
(ii) Tesco di Seberang Jaya
(iii) Giant di Perai
(iv) Sunway Carnival di Seberang Jaya

Sejumlah 10 buah kompleks membeli belah setaraf dengan kompleks membeli belah di bandar-bandar utama negara telah beroperasi di negeri Pulau Pinang dalam tempoh tahun 2008 hingga 2011.
Kembali