Jawapan
Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
10. (a) Kerajaan Negeri melalui MPPP dan MPSP tidak mengred tandas mengikut gred A, B, C, D tetapi mengikut bilangan bintang. Gred kebersihan tandas dengan markah mengikut bintang seperti berikut :
i. 5 BINTANG – (91 - 100)
ii. 4 BINTANG – (81 – 90 )
iii. 3 BINTANG – (71 – 80 )
iv. 2 BINTANG – (61 – 70 )
v. 1 BINTANG - (51 – 60 )
vi. 0 BINTANG – ( 0 – 50 )
Secara keseluruhan pencapaian tahap kebersihan 1,031 buah tandas yang dinilai di Negeri Pulau Pinang sehingga Mac 2012 oleh MPPP dan MPSP adalah seperti berikut :
MPPP
MPSP
Jumlah
1 Bintang :
18
100
118
2 Bintang :
11
697
708
3 Bintang :
21
95
116
4 Bintang :
16
72
88
5 Bintang :
1
0
1
Jumlah :
1031
Penggredan secara terperinci MPPP seperti dalam Lampiran ID 41.
(b) Untuk memastikan tahap kebersihan tandas awam khususnya yang melibatkan tandas awam milik MPPP, MPPP telah mengambil inisiatif melalui strategi pemulihan yang berterusan iaitu menaik taraf kemudahan dan infrastruktur atau membaik pulih beberapa buah tandas awam seperti di Hillside, Tg.Bunga, Pasar Air Itam, Pasar Pulau Tikus, Pasar Lebuh Cecil, Pantai Mas Batu Feringghi. Sehubungan dengan ini, MPPP mengambil langkah memantapkan pengurusan dan penyelenggaraan kebersihan tandas-tandas awam melalui strategi pembelajaran dan pengiktirafan.
Untuk membaiki tahap kebersihan tandas, MPSP telah mengambil tindakan seperti berikut :
Tandas Awam Milik MPSP
(i) Memberi taklimat, mengadakan perbincangan penambahbaikan, tunjuk ajar kepada kontraktor pembersihan.
(ii) Mengenakan tindakan pemotongan bil bayaran bulanan kepada kontraktor sekiranya tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan.
(iii) Menilai tandas-tandas awam untuk tujuan penarafan Star Rating
Tandas Awam di Restoran / Kedai Makanan
(i) Pendidikan kesihatan / kebersihan kepada orang awam supaya mengunjungi kedai makanan di mana tandas awam adalah bersih melalui “ billboard â€
(ii) Mengambil tindakan mengkompaun di bawah Undang-undang Kecil Pengendali Makan 1991 MPSP sekiranya tandas awam didapati kotor.
(iii) Mengadakan program kesedaran kebersihan tandas yang merangkumi pertandingan mewarna, pertandingan tandas bersih serta edaran pemplet.
(iv) Menilai tandas-tandas awam untuk tujuan penarafan Star Rating
Tandas Awam di Stesen Minyak
(i) Mengeluarkan notis dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, supaya mengambil langkah-langkah untuk memastikan tandas berada dalam keadaan bersih dan baik.
(ii) Memberi tunjuk ajar kepada pemilik stesen minyak supaya menyelenggara tandas awam dalam keadaan baik dan bersih.
(iii) Menilai tandas-tandas awam untuk tujuan penarafan Star Rating
Tandas Awam di Pasar Raya
(i) Mengeluarkan notis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, supaya mengambil langkah-langkah untuk memastikan tandas berada dalam keadaan bersih dan baik.
(ii) Mengambil tindakan mengkompaun di bawah Undang-undang Kecil Pengendali Makan 1991 MPSP sekiranya tandas awam didapati kotor.
(iii) Mengadakan program kesedaran kebersihan tandas yang merangkumi pertandingan mewarna, pertandingan tandas bersih serta edaran pemplet.
(iv) Menilai tandas-tandas awam untuk tujuan penarafan Star Rating
Tandas Awam di Lokasi-lokasi Lain / Tempat Tumpuan Awam
(i) Menilai tandas-tandas awam untuk tujuan penarafan Star Rating
(ii) Memberi kesedaran kepada pengelola tandas awam yang terlibat melalui poster / pemplet dan tunjuk ajar di lapangan.
(iii) Mengeluarkan notis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, supaya menyelenggara tandas dalam keadaan bersih dan baik.