MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Apakah kedudukan projek Gurney Drive/Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu bypass dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Bandar Air Itam bypass dan projek-projek bypass lainnya yang telah dibina atau di rancang dari tahun 2008 hingga bulan Mac 2012 dan seterusnya.
Dun -
Exco Y.B. TUAN LIM HOCK SENG
Perkara --

Jawapan
Y.B. TUAN LIM HOCK SENG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

22. (a) Kerajaan Negeri telah pun mencadangkan pelaksanaan projek kerja-kerja pembinaan jalan-jalan utama dan Terowong Di Pulau Pinang yang antaranya melibatkan pembinaan jalan pintas (by-pass) dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam.

(b) Setakat ini, cadangan projek ini adalah di peringkat proses pra-kelayakan di mana tawaran secara terbuka telah dibuat pada 15 November 2011 hingga 14 Januari 2012. Sebanyak 11 buah syarikat mega telah menyertainya. Proses pra-kelayakan dilaksanakan bagi tujuan membuat tapisan dan memastikan hanya syarikat-syarikat yang memiliki keupayaan dalam aspek teknikal dan kewangan sahaja yang layak menyertai Request For Proposal (RFP) yang akan ditawarkan kelak. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang dalam proses membuat penilaian ke atas keupayaan syarikat-syarikat tersebut.





(c) Projek-projek mega ini merupakan inisiatif pertama Kerajaan Negeri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Pulau Pinang berikutan keadaan kesesakan lalu lintas yang kian meruncing di Bandar George Town. Ia juga sebagai alternatif kepada Projek Penang Outer Ring Road (PORR) dan monorail yang belum dimuktamadkan pelaksanaan oleh Kerajaan Persekutuan.
Kembali