Jawapan
2. Kerajaan Negeri sentiasa mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan termasuklah prestasi pelajar yang menunjukkan potensi atau cemerlang dalam bidang sukan. Melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, pelajar tersebut akan diserap ke dalam program Pembangunan Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia atau program Pembangunan Skim Atlet Elit Negeri. Selain diberi bimbingan dan latihan, pelajar ini juga diberikan elaun sebagai satu galakan dan dorongan kepada mereka untuk lebih meningkat maju dalam bidang sukan. Setiap atlet ini akan diberikan elaun seperti berikut:
(i) Setiap atlet yang berada di bawah program Pembangunan Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia akan diberi elaun sebanyak RM50.00 sebulan.
(ii) Bagi setiap atlet yang berada di bawah program Pembangunan Skim Atlet Elit Negeri pula akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM500.00 bagi Kategori A (atlet yang telah menyumbang pingat emas dalam Sukan Malaysia yang lalu) dan RM300.00 bagi Kategori B (atlet yang telah menyumbang pingat perak atau gangsa dalam Sukan Malaysia yang lalu).
(iii) Atlet-atlet yang telah terpilih untuk menyertai pertandingan atau kejohanan di luar Pulau Pinang pula akan dibayar elaun makan sebanyak RM35.00 sehari.
Peruntukan kepada atlet negeri untuk menyertai pertandingan di luar negeri Pulau Pinang ini disediakan melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Berdasarkan pemilihan atlet sehingga 16 April 2012 untuk ke Sukan Malaysia XV Pahang 2012, daripada 392 orang atlet, seramai 235 orang merupakan atlet pelajar cemerlang yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang dalam pelbagai disiplin sukan yang dipertandingkan.Â