MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Adakah Negeri Pulau Pinang telah bebas dari miskin tegar dan kriteria pengukur kepada perkara itu? Sila jelaskan: (a) Berapa ramai yang masih dianggap miskin dan miskin tegar? (b) Pendapatan bulanan mereka sekarang dan adakah ia mampu menampung kehidupan harian? (c) Bilangan penerima bantuan dan adakah mereka kini boleh berdikari.
Dun -
Exco Y.B. TUAN PHEE BOON POH
Perkara --

Jawapan
12. a) Negeri Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar. Kejayaan ini dicapai apabila seramai 744 keluarga setakat Mac 2012 yang awalnya tergolong dalam kategori miskin tegar telah dibantu oleh Kerajaan Negeri. Penerima bantuan ini adalah kelompok keluarga miskin tegar yang dikenal pasti berdasarkan tarafan Kerajaan Negeri dengan menggunakan PGK RM500 sekeluarga. Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri akan meningkatkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan PGK yang ditetapkan iaitu daripada RM500 kepada RM600 sekeluarga. Dengan peningkatan PGK tersebut, pendapatan per kapita RM120 seorang meningkat daripada RM100 per kapita yang digunapakai, sebelum ini.

b) Pendapatan bulanan penerima bantuan yang dikenal pasti bagi menerima bantuan kewangan bulanan (top up) oleh Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan pendapatan mereka melepasi jumlah PGK Negeri Pulau Pinang RM500 sekeluarga. Semua penerima bantuan akan berpendapatan bulanan melebihi RM600 setelah menerima bantuan kewangan bulanan Kerajaan Negeri dan pendapatan tersebut mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka.

c) Bilangan penerima bantuan ialah seramai 744 keluarga sekarang dan akan bertambah dengan PGK RM600.00 dan mereka boleh berdikari melalui bantuan-bantuan yang diberikan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan bagi memenuhi keperluan asas golongan ini.
Kembali