Jawapan
4. Tapak kilang getah tersebut merupakan milik persendirian. Pada masa kini, kawasan tersebut dizonkan sebagai ‘industri am’, perumahan am dan institusi merujuk kepada Pelan Dasar MPPP.
Bagi mana-mana tanah milikan persendirian, cadangan pembangunan adalah tertakluk kepada Pembangunan Kebenaran Merancang (PKM) yang dikemukakan oleh pemilik tanah ataupun pemohon yang berminat. Setiap permohonan yang dikemukakan kepada MPPP akan diberi pertimbangan tertakluk kepada Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP (pelan dasar), garis panduan dan piawaian perancangan semasa serta ulasan daripada jabatan teknikal berkaitan.
Merujuk kepada Pelan Dasar MPPP, lot-lot yang dizonkan sebagai ‘industri am’ boleh dipertimbangkan untuk cadangan kemudahan masyarakat, perniagaan, stesen minyak mahupun perindustrian bagi lot-lot yang terletak di ‘zon perumahan am’ pula, cadangan yang melibatkan pendirian unit-unit kediaman institusi, kemudahan masyarakat atau pun perniagaan boleh dikemukakan untuk pertimbangan sekiranya terdapat lot-lot yang dizonkan sebagai ‘institusi’, pertimbangan boleh diberikan ke atas sebarang cadangan berbentuk institusi atau kemudahan masyarakat yang sesuai.
Merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP 2020) yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada 28 Jun 2007, tapak Kilang Lee Rubber yang terletak di atas lot 3224, Mukim 13 seluas 13.64 ekar telah dizonkan secara indikatifnya sebagai kawasan “Pembangunan Sedia adaâ€. “Pembangunan Sedia ada†bermaksud pembangunan yang dibenarkan di koridor-koridor pembangunan utama dan sekunder dengan melihat projek-projek sedia ada yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa dan pembangunan perbandaran seperti perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat dan institusi. Pembangunan yang dibenarkan di dalam zon “Pembangunan Sedia ada†juga tertakluk kepada kriteria guna tanah serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Lot 3224 telah didaftarkan di bawah syarikat Luxor Precision bersama-sama dengan Lot 1385 Mukim 13 seluas 5.57 ekar dan Lot 2102 Mukim 13 seluas 4.22 ekar. Dengan adanya pembangunan bercampur ini, kehijauan dapat dikekalkan.