MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Senaraikan rombongan ke luar negeri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha mempromosi sektor pelancongan Negeri Pulau Pinang dan sila jelaskan apakah pencapaian dalam rombongan tersebut?
Dun -
Exco Y.B. TUAN LAW HENG KIANG
Perkara --

Jawapan
Senarai Rombongan ke luar negeri oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan pada tahuh 2011 adalah seperti berikut:-

1.Penyertaan Pulau Pinang Di 'International Forum Of Mayors Host Cities' Sempena '2011 C&D Xiamen International Marathon' Di Xiamen, China Pada 1 Hingga 3 Januari 2011;

2. Penyertaan Pulau Pinang Di 'The 30TH Asean Tourism Forum (ATF 2011)' Pada 16 Hingga 19 Januari 2011;

3. Penyertaan Pulau Pinang Di 'Guangzhou International Travel Fair, Di Guangzhou, China Pada 24 Hingga 26 Mac 2011 ;

4.Penyertaan Pulau Pinang Di 7TH International Cultural & Industrail Fair (ICIF) 2011', Di Shenzhen, China Pada 13 Hingga 16 Mei 2011

5.Penyertaan Pulau Pinang Di 24TH Korea World Travel Fair (KOTFA) 2011, Seoul, Korea Selatan Pada 2 Hingga 5 Jun 2011;

6.Penyertaan Pulau Pinang Dalam Misi Jualan (Malaysia Association Of Hotel – Australia Sales Mission) Di Sydney Dan Melbourne, Australia Pada 25 Hingga 29 Julai 2011;

7. Penyertaan Pulau Pinang Di China (Guangdong)International Tourism Industry Expo (CITE) 2011, Guangzhou, China Pada 2 Hingga 5 September 2011;

8.Penyertaan Pulau Pinang Di 15TH China International Fair For Investment & Trade (CIFIT) 2011, Xiamen, China Pada 8 Hingga 11 September 2011;dan

9.Penyertaan Pulau Pinang Di Forum 15TH Inter – Islands Tourism Policy (ITOP) 2011, Jeju Island, Korea Selatan Pada 28 Hingga 30 Sptember 2011.


Antara pencapaian Kerajaan Negeri melalui penyertaan dalam rombongan ke luar negara adalah:-

1. Hubungan diplomatik yang erat antara Pulau Pinang dan wilayah yang dikunjungi;

2. Pertambahan bilangan kemasukan pelancong ke Pulau Pinang melalui pelbagai kegiatan ekonomi di Pulau Pinang. Misalnya, Pulau Pinang merupakan penyumbang 70% daripada jumlah pelancong perubatan yang mendapatkan perkhidmatan perubatan di Malaysia.

3.Pulau Pinang mendapat pengiktirafan sebagai Eight Most Liveable city in Asia oleh ECA International dan berada dalam kedudukan ke bagi 10 Top Islands In Teh World You Must experience Before You Die"

4.Pertambahan bilangan pernerbangan terus dari luar negara seperti contoh, penerbangan terus yang diwujudkan oleh Cathay Pacific dari Hong Kong ke Pulau Pinang;

5.Mempromosikan produk pelancongan Pulau Pinang kepada pemain industri peringkat antarabangsa untuk meletakkan Pulau Pinang sebaris dengan destinasi pelancongan lain di Asia dan dunia khususnya;

6.Pulau Pinang lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Bandar Warisan yang diumukan oleh UNESCO dan menjadi destinasi percutian yang perlu dilawati;

7. Pulau Pinang turut menjadi destinasi pelancongan pendidikan yang sesuai bagi maasyarakat antabangsa berdasarkan kemudahan pengajian peringat tinggi yang ditawarkan di negeri ini

8.pertukaran ilmu pengetahuan bersama delegasi luar berkenaan kaedah dan langkah paling pro aktif untuk menggerak dan menrancakkan sektor pelancongan negeri ini

9.Kemudahan pengangkutan di seluruh negeri sentiasa menjalani penambahbaikan untuk memastikan kemudahan paling selesa disediakan kepada penduduk tempatan dan pelancong asing bahkan menjaga jolokan yang diberikan kepada Pulau Pinang iaitu "Pearl of The Orient.

10. mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi dan pilihan bagi penganjuran MICE yang bertaraf antarabangsa
Kembali