MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Bilakah Pilihan raya untuk Kerajaan Tempakan akan diadakan seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 dahulu?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara --

Jawapan
1. Kerajaan Negeri telah memberi pemberitahuan melalui Gazet bahawa Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Pulau Pinang dikecualikan daripada Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 selaras dengan peruntukan Seksyen 1 (4) akta yang sama.

Kerajaan Negeri seterusnya telah menggubal Rang Undang-undang Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 dan akan membentangkan Rang Undang-Undang tersebut di Persidangan DUN kali ini.

Selepas rang undang-undang ini dilulus dalam Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri akan memfailkan satu petisyen di Mahkamah Tinggi untuk mendapat satu pengisytiharan bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah tidak konsisten dengan perkara 74, 76 atau 113 (4) dan Perenggan 4 Senarai 11, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak sah; dan supaya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang.





ID403/07
Kembali