MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
30/04/2012
Soalan Sila nyatakan perkembangan terbaru pelaksanaan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco Y.B. TUAN WONG HON WAI
Perkara Pentadbiran

Jawapan
5. Enakmen Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada Persidangan Oktober 2010. Cadangan pewujudan jawatan bagi penubuhan Lembaga Perumahan Pulau Pinang (LPPP) telah dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan. Perkara tersebut juga telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) Bil. 2/2011 pada 22.7.2011 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Jawatankuasa tersebut memutuskan untuk menangguhkan pewujudan jawatan bagi penubuhan LPPP selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai perkhidmatan awam kejat yang dilaksanakan melalui kajian pertindihan dan penjajaran fungsi beberapa perkhidmatan serta perlaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB). Kerajaan Negeri masih lagi berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapat kelulusan perjawatan tersebut.
Kembali