Jawapan
Antara langkah-langkah yang diambil ialah:-
i ] Inisiatif Bandar Selamat
ii ] Balai Bergerak
iii] Rondaan Ala Chip
iv ] Officers On Bit
v ] Pondok Polis Komuniti
vi ] Balai Polis Komuniti
Selain itu, PDRM turut melaksanakan strategi berikut sebagai langkah pencegahan jenayah iaitu:
a) Strategi pencegahan jenayah yang berkesan melalui operasi-operasi berkala yang berterusan di semua peringkat daerah dengan mensasarkan kategori jenayah yang menjadi penyumbang utama indeks (kadar jenayah indeks).
b) Menambahkan anggota polis beruniform, membuat rondaan bit jalan kaki dan bermotosikal serta rondaan kereta peronda yang ada di setiap zon dalam usaha pencegahan jenayah terutamanya di kawasan-kawasan perumahan dan kawasan tumpuan orang ramai.
c) Mendekatkan PDRM dengan masyarakat (antaranya Polis bersama pelanggan, hebahan media massa dan media cetak) dalam usaha memerangi jenayah terutama menerusi maklumat yang disalurkan dan terus dikaji serta ambil tindakan.