Jawapan
Dalam usaha menangani masalah “Green House Gasâ€, Kerajaan Negeri sentiasa komited terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan berusaha menekankan pelaksanaan pembangunan mapan. Kerajaan Negeri melalui agensi kerajaannya telah mengambil langkah perlu dan menguatkuasakan beberapa peraturan sedia ada untuk mengurangkan tahap “Green House Gas†dan pencemarannya.
Kebanyakan punca pencemaran yang turut menyumbang kepada “Green House Gas†adalah seperti berikut :
(i) Pelepasan daripada kenderaan petrol/diesel;
(ii) Pelepasan CFC dalam bentuk “refrigerant†;
(iii) Penggunaan arang batu dalam penjanaan tenaga (coal-fired power plant);
(iv) Penggunaan halon dalam alat pemadam api;
(v) Pembakaran plastik dan sebagainya; dan
(vi) Pencemaran daripada kilang kelapa sawit.
Bagi mengurangkan tahap “Green House Gasâ€, beberapa pendekatan telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskannya seperti berikut:
(i) Penguatkuasaan peraturan berkaitan penggunaan gas halon dalam alat pembakaran bahan api;
(ii) Penguatkuasaan peraturan berkaitan pengurusan CFC dalam “refrigerant†;
(iii) Penguatkuasaan peraturan berkaitan kawalan pelepasan daripada enjin petrol dan diesel;
(iv) Penguatkuasaan peraturan larangan pembakaran terbuka;
(v) Pengauditan berkala terhadap kilang kelapa sawit;
(vi) Menyokong Protokol Kyoto; dan
(vii) Menyokong pelaksanaan kerjasama teknikal Malaysia-German dalam menghasilkan kajian mengenai pelan tindakan udara bersih dan kesan rumah hijau.
Selain itu, Kerajaan Negeri akan mengawal pembangunan dan mencegah pencemaran mengikut undang-undang dan keperluan lain serta menambahbaik program alam sekitar secara berterusan untuk menjadikan negeri yang bersih, indah dan bebas daripada pencemaran. Langkah awal ini telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggunapakai sistem MS ISO 14001:2004. Antara peranan yang dimainkan oleh PBT di bawah MS ISO ini adalah:
(i) Meningkatkan kesepakatan komuniti untuk penambahbaikan alam sekitar secara berterusan;
(ii) Memantau “effluent†mengikut standard yang ditetapkan;
(iii) Melaksanakan pengurusan sisa pepejal yang teratur;
(iv) Melaksanakan program pengindahan secara berterusan dan komprehensif;
(v) Merancang, mengawal dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bersesuaian dengan kehendak alam sekitar; dan
(vi) Mematuhi undang-undang dan garis panduan alam sekitar.
Pelaksanaan program pengawasan dan penguatkuasaan daripada punca pencemaran seperti pelepasan “effluent†industri, pelepasan pencemar udara dan kawalan buangan terjadual juga sentiasa dilakukan secara berkala. Selain itu, zon penampan antara kawasan industri dan kawasan penempatan yang dirancang akan dipastikan mempunyai jarak yang mencukupi supaya kacau ganggu seperti pencemaran bau, bunyi dan pencemaran lain dapat dielakkan. Di samping itu, program pemantauan status kualiti udara, air sungai dan air marin akan dipastikan dilaksana seperti biasa.
Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam aktiviti menambah kehijauan di negeri ini. Pelbagai kajian telah dibuat yang menunjukkan impak positif penanaman pokok teduhan bagi mengurangkan impak “Green House Gasâ€. Pokok teduhan terutama daripada jenis hutan tropika bertindak mengurangkan suhu (climate) melalui penyerapan gas karbon dioksida dari atmosfera. Proses transpirasi yang membebaskan wap air ke udara seterusnya menambahkan bilangan awan, serta menyerap pantulan cahaya matahari terik. Atas sebab inilah Kerajaan Negeri akan mempastikan semua program penghijauan yang dijalankan oleh agensi kerajaan sebelum ini dibuat secara berterusan. Di antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
(i) Program Penanaman Pokok Di Kawasan Tanah Lapang Tingkat Permai, Gelugor bersama Kilang Agilent Technologies dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang;
(ii) Program penanaman pokok kelapa di pembahagi Jalan Batu Feringghi (di hadapan hotel dan di kawasan pantai Tanjung Bungah bersama pihak Hotel Sandy Beach Paradise, Crown Prince Jewel, Park Royal dan Sekolah
Antarabangsa Dalat;
(iii) Program penanaman pokok kelapa dan bunga raya di kawasan pantai Hotel Golden Sands, Batu Feringghi; dan
(iv) Penanaman pokok bunga raya di kawasan Zon Perindustrian Bebas bersama kakitangan kilang berhampiran dan kakitangan jabatan kerajaan.
Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memperbanyakkan penganjuran kempen kesedaran berhubung pencemaran dan pemanasan global kepada masyarakat. Ini adalah kerana kita percaya bahawa setiap individu boleh menyumbang ke arah pengurangan pemanasan global dengan signifikan. Pada peringkat awal, Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang perubahan yang drastik tetapi meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Kerajaan Negeri sedar bahawa langkah sedia ada yang dilaksanakan sekarang ini masih belum memadai. Justeru, adalah wajar suatu strategi dirangka untuk menangani isu pemanasan global ini memandangkan kesannya kepada generasi akan datang. Atas pertimbangan ini, kita akan cuba merangka satu strategi yang spesifik bagi menangani permasalahan ini. Kita mungkin sama sekali tidak dapat mengelak isu pemanasan global yang merupakan isu sejagat tetapi sekurang-kurangnya kita berupaya untuk mengurangkan gejalanya melalui strategi-strategi yang dirangka kelak.