MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Senaraikan nama, alamat dan kerjaya Ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Selain daripada Pegawai Daerah, mengapa tiada wakil daripada Balik Pulau yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Sek. 10(1), Akta Kerajaan Tempatan, 1976 memperuntukan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah terdiri daripada Yang Dipertua dan tidak kurang lapan (8) dan tidak lebih daripada dua puluh empat (24) Ahli Majlis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Senarai dan butir-butir Ahli Majlis MPPP dan MPSP untuk Tahun 2008 adalah dalam Lampiran.

Tiada peruntukan khusus di dalam Akta Kerajaan Tempatan, 1976 yang mewajibkan Ahli Majlis dipilih mengikut kawasan. Sek. 10(2), Akta Kerajaan Tempatan, 1976 memperuntukan bahawa Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu dan pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal Kerajaan Tempatan atau yang telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, atau pun mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan-kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu. Setiap daerah di Pulau Pinang termasuk Daerah Barat Daya diwakili dalam Majlis oleh Pegawai Daerah masing-masing.



Kembali